Selamat Datang Ke Blog Lembah Tua

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن الرَّحِيْمِِ
Segala puji-pujian milik Allah subhanahu wa Ta'ala yang jua pentadbir sekelian alam.Allah subhanahu wa Ta'ala jualah yang memiliki panji kemuliaan dan ketinggian.Tiada yang seumpama-nya.Dia-lah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala-galanya.Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw,penghulu semua Nabi,pembawa cahaya hidayah yang menerangi kegelapan jahiliyyah,kekufuran,kesesatan dan kemaksiatan,juga ke atas ahli keluarga dan para Sahabat Baginda radiyallahu 'anhum ajma'in serta yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari Kiamat.

Rabu, 31 Mac 2010

Utama�-�UstazAzhar.com: Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku Kerna Allah Taala

Utama�-�UstazAzhar.com: Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku Kerna Allah Taala

Tok Pulau Manis ''Syeikh Abdul Malik'' Terengganu

Terjemahan dan Keterangan oleh Tok Pulau Manis
Dan adapun segala orang yang sampai kepadaNya(Allah) itu, maka dari kerana bahawasanya Allah Taala yang menghaibkan Ia(Allah) akan mereka itu daripada segala "halnya" dengan sebab memandang Dia(Allah) dalam Hadirat hampirNya.
Keterangan Suluk
Setelah diterangkan perihal orang-orang Salik yang sering rebah dan bangun dalam perjalanannya menuju kehampiran dengan Allah, maka berikutnya dibahaskan perihal mengenai orang-orang yang Wasil. Menurut keterangan guru suluk, yang dimaksudkan dengan orang-orang yang telah sampai atau orang-orang Wasil ialah mereka yang telah sampai ke Hadratul Qudsi dimana dengan sampai di Hadirat HampirNya ini, maka bererti sampailah orang-orang Wasil ini ke;
• tempat Mufatahah dan
• Muwajahah dan
• Mujalasah dan
• Muhadasah dan
• Musyahadah dan
• Muthola'ah.
Pengertian dan maksud mengenai istilah-istilah di atas, boleh diketahui sebagaimana yang tersebut dalam Kitab Manhalus Shofi Fi Bayaanni Ahli Ssufi ialah sebagaimana berikut;
Maka adalah pada Hadrat (Qudsiah) itu tempat tetap hati mereka tu dan kepadanya tempat kembali dan padanya tempat kediaman.
• Adapun yang dimaksudkan dengan Hadratul Qudsi ialah tempat berkehendakkan menyucikan semata-mata.
• Dan yang dimaksudkan dengan Hamparan Unsi ialah tempat berjinak-jinak dengan Tuhan Nya.
• Dan yang dimaksudkan dengan Mufatahah ialah tempat terbuka rahsia Ilahiyyah.
• Dan yang dimaksudkan dengan Muwajahah ialah berhadap semata-mata dengan sebab terangkat hijab Zulmaniyyah (kegelapan) dan Nuralniyyah(cahaya)
• Dan yang dimaksudkan dengan Mujalasah ialah bersekedudukan dengan sebab disucikan ia daripada dua syirik dan daripada yang lain daripada Allah.
• Dan yang dimaksudkan dengan Muhadasah ialah munajatlah "Sir"nya dengan TuhanNya.
• Dan yang dimaksudkan dengan Musyahadah ialah memandang akan TuhanNya pada segala zarrah daripada zarrah yang maujud di atas yang berpatutan dengan dia dan dimusyhadahkan "Dan Allah Taala Meliputi bagi tiap-tiap sesuatu".

Dan yang dimaksudkan dengan Muthola'ah ialah menilik akanTuhanNya dengan TuhanNya pada tiap-tiap kelakuan.
Inilah hal-ahwal yang membayangi orang-orang Wasil di samping penuh dikelilingi oleh pelbagai keramat yang mencarik adat kebiasaan. Sungguhpun begitu, mereka tidak pernah menilik dan memandang kepada hal-ahwal dan keistimewaan yang ada pada mereka, jauh sekali cenderung hatinya untuk mewar-warkannya kepada orang lain. Ini adalah kerana bahawasanya Allah Taala yang menghaibkan Ia(Allah) akan mereka itu daripada segala "halnya" dengan sebab memandang[hamba] akan Dia(Allah) dalam Hadirat hampirNya.
Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Maka tiada melihat mereka itu akan amal kerana bahawasanya barangsiapa memandang ia akan Dia(Allah), nescaya muhal(mustahil) bahawa melihat ia sertaNya(Allah) lainnya.
Keterangan Suluk
Disebabkan kerana Allah Taala telah menghaibkan atau melenyapkan pandangan mata hati dan tilikan mereka kepada sesuatu yang lain untuk sentiasa tenggelam dalam lautan Musyahadah dengan Allah, maka tidaklah lagi mereka melihat kepada amal, usaha dan tadbir mereka.
• Jika melimpah kesempurnaan amal ibadat pada diri, mereka tidak akan sibuk memandangnya.
• Jika bersusah-payah berusaha untuk mendapatkan sedikit rezeki keperluan dunia mereka, itu hanyalah pandangan orang lain terhadapnya, sedangkan mereka sedikitpun tidak merasa susah.
• Jika berkelilingan karamat dan perkara-perkara yang mencarik adat padanya, sedikit pun dipedulikan mereka.
Ini adalah kerana orang yang Wasil ini telah berada di Hadirat hampir dengan Allah. Orang yang berada di sini, akan terarah dan tertumpu seluruh pandangannya kepada Allah semata-mata. Dan apabila tenggelam dengan memandang Allah, nescaya mustahillah terlihat sesuatu itu serta Allah Yang Maha Agung lagi Maha Suci.
Inilah isyarat kepada Fana Fil-Zat di mana dengannya putus segala iktibar Sifat atau Asma. Orang yang Fana Fil-Zat ini sebenarnya telah masuk dalam sempadan di luar kemampuan ilmu pengetahuan di mana tiada masuk ia di bawah ibarat dan tiada disampaikan oleh isyarat dan tiada memikirkan dia oleh cita hati. Ini adalah kerana tempat itu adalah tempat yang "suci semata-mata". Suci dalam erti kata bersih dari segala bandingan, ibarat, kiasan dan sesuatu yang boleh diungkapkan dengan kata-kata atau isyarat.
Sukalah saya petik kata-kata Imam Ghazali sebagai tambahan bagi memperjelaskan lagi berkenaan orang-orang Wasil ini sebagaimana berikut;
"Apabila keadaan ini wujud, ianya digelar FANA, bahkan FANA DALAM FANA, bagi orang yang mengalaminya, kerana Ruh itu telah FANA dalam dirinya, bahkan FANA DALAM FANANYA, kerana ia tidak sedar dirinya dan tidak sedar tentang tidak sedarnya. Kalau ia sedar tentang tidak sedarnya, maka sedarlah ia tentang dirinya. Bagi orang yang tenggelam dalam keadaan ini , maka keadaan ini digelar dalam bahasa kiasan "persamaan"; dan dalam bahasa hakikat "penyatuan". Di bawah hakikat-hakikat ini ada tersimpan rahsia-rahsia yang mana kita tidak bebas untuk membincangkannya."
(Intaha: Imam Ghazali)
Kenyataan ini tidaklah bertentangan dengan keterangan Tok Pulau dalam keterangannya selepas ini yang berbunyi;
Dan orang yang Wasil itu ghaib dengan sebab pandangan hingga daripada dirinya; tiada memandang ia akan lainnya. Dan demikian itu Ghayyah Qudsiyah(sehabis-habis kehampiran dengan Allah).
Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Maka adalah orang yang Salik kepada Allah Taala itu tiada melihat ia akan sesuatu daripada segala amalnya pada halnya menyangka bagi dirinya dengan ketiadaan sempurnanya.
Dan orang yang Wasil itu ghaib dengan sebab pandangan hingga daripada dirinya; tiada memandang ia akan lainnya. Dan demikian itu Ghayyah Qudsiyah(sehabis-habis kehampiran dengan Allah). Maka sanya telah menyempurnakan Allah Taala akan nikmat atas kedua Maqam itu tetapi Maqam yang kedua itu terlebih tinggi.
Keterangan Suluk
Di samping kita menemui isyarat mengenai Fana Fil Zat, keterangan selanjutnya menjelaskan tingkat atau darjah perbezaan antara orang Salik(yang telah hampir dengan Allah) dengan orang yang Wasil(yang telah sampai kepada Allah). Perbezaan dua golongan ini adalah semata-mata pada aspek pandangan atau Musyahadah atau kesedaran batinnya atau lebih tepat lagi pada "Penghayatan" Tauhid.
Orang-orang Salik yang telah dekat mencapai kehampiran dengan Allah, "tidak melihat" kepada amal ibadatnya tetapi "masih" punya kesedaran kepada wujud dirinya yang masih tidak sempurna. Berbeza dengan orang Wasil telah mencapai kesempurnaan diri dengan semata-mata memandang Allah. Telah hilang atau hapus pandangannya kepada dirinya dan yang lain-lainnya. Inilah kesudahan dan sehabis-habis kehampiran dengan Allah yang diistilah di sini sebagai Ghayyah Qudsiyah manakala di pada waktu-waktu yang lain pula, ulama sufi menggunakan istilah-istilah seperti Haramil Qudsiyyah atau Hadrat Qudsiyyah.
Kedua-dua Maqam ini sememangnya telah dianugerahkan dan disempurnakan oleh Allah Taala sebagai kemuncak nikmat kepada hamba-hamba pilihanNya di dunia ini, tetapi Maqam orang yang Wasil itu lebih tinggi daripada Maqam orang-orang Salik. Ini adalah kerana orang-orang Wasil telah teguh dan tahqiq Musyahadahnya dengan Allah dalam setiap nafasnya.
Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Maka adalah hakikat Wasil mereka itu kepadaNya(Allah)[ialah] ghaib mereka itu daripada diri mereka itu; dan memandang mereka itu sempurna QudratNya(Allah). Maka tatkala sampai mereka itu kepada Maqam Makrifat dan memandang akan kesempurnaanNya(Qudrat Allah); dan didapat mereka itu akan Dia(Allah); iaitu Yang Menggerakkan dan Yang Mendiamkan semata-mata di sanalah kembali mereka itu atas hukumNya; dan ditilik mereka itu kepada segala pekerjaan itu daripada keadaan kurnia; dan terdindinglah mereka itu kepada barang yang lainnya kerana yang dipandang mereka itu akan dia dengan Dia(Allah).
Keterangan Suluk
Melanjutkan lagi keterangan mengenai orang yang Wasil, Tok Pulau Manis menjelaskan pula akan hakikat Wasil. Adapun hakikat Wasil kepada Allah itu ialah ghaib atau hapus atau fana' perbuatan mereka, sifat-sifat mereka malah wujud diri mereka sendiri. Orang yang Wasil atau Fana Zat ini bukanlah yang pasif dan tidak berbuat-buat apa-apa, malahan amal-ibadat mereka tersangat banyak melebihi kebanyakan orang. Adalah sesuatu yang amat salah, kiranya ada pendapat yang mengatakan bahawa orang Fana Fil Zat tidak perlu lagi melakukan amal-ibadat dan gugur segala tuntutan syariat ke atasanya. Pandangan ini adalah dari mereka yang sesat; "ahli dakwa" bukannya Ahli Tasauf tulen.
Orang yang Wasil itu cuma pasif dalam memandang sesuatu yang lain. Amal ibadat yang banyak dilakukan tidak diiktibarkan dan disandarkan kepada dirinya. Mereka aktif dan ligat dengan bermusyahadah dengan Allah. Segala percakapan, pendengaran, perbuatan, usaha dan tabdir mereka adalah dari Allah, dengan Allah, kerana Allah sebagaimana maksud hadis Qudsi;
Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaku dengan (melakukan) segala yang sunat hingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah
• Aku yang (menjadi) pendengarannya yang ia dengar dengan dia dan
• Penglihatannya yang ia melihat dengan dia, dan
• Tangannya yang ia tamparkan dengan dia dan
• Kakinya yang ia berjalan dengan dia..........;

(Riwayat oleh Bukhori)
Tatkala mereka sampai kepada Maqam Makrifat ini dan memandang "La Maujud bi haqqi ilaLlah" yakni tiada yang sebenar-benar wujud melainkan Allah, maka dapatlah dirasai dan disedari bahawa tidak ada yang menggerakkan dan mendiamkan sesuatu zarrah di alam ini melainkan Allah Taala. Pada pandangan dan martabat inilah mereka kembalikan setiap hikmat penzhohiran ini kepada Allah Taala. Orang yang begini mengikut guruku;
• Tidak lagi akan i'tirad(mengkritik) kejadian Allah,
• Tidak marah pada celaan dan herdikan manusia,
• Tidak suka pada pujian dan kemuliaan manusia'
• Tidak berdukacita dengan bala dan musibah,
• Tidak gembira dengan nikmat,
• Malah sama sahaja di sisinya antara suka duka, nikmat dan musibah.
• Berjelira penghayatannya dengan firman Allah "Dan Aku Yang Menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu kerjakan"
Tambah guruku lagi, jika ada mereka yang mendakwa mereka bahawa adalah Ahli Maqam Wasil ini, tetapi suka dengan pujian dan kemuliaan dunia, melenting marah apabila dilentangi kata-kata dan pendapatnya, maka itu adalah "dakwa" semata-mata.
Ini adalah kerana orang-orang yang Wasil itu, ditilik mereka itu kepada segala pekerjaan itu daripada keadaan kurnia; dan terdindinglah mereka itu kepada barang yang lainnya kerana yang dipandang mereka itu akan dia dengan Dia(Allah). yakni mereka hanya menilik setiap yang zhohir di alam ini sebagai keadaan kurnia Allah Taala. Tidak ada sebarang campurtangan makhluk atau fenomena alam. Dengan kata lain; Sesungguhnya Allah yang menjadi dinding kepada mereka daripada melihat makhluk dan alam ini, bukannya alam ini yang menjadi dinding kepada(untuk melihat) Allah sebagaimana pandangan tumpul kebanyakan manusia.
Tidak ada lagi pandangan dan tilikan kepada makhluk atau kepada alam. Sesuatu yang dilakukan bukanlah kerana makhluk atau alam ini bahkan bukanlah untuk kepentingan dirinya sendiri. Hemahnya semata-mata tertumpu kepada Allah. dari Allah, dengan Allah, kepada Allah dan kerana Allah.
Inilah apa yang cuba dirumuskan oleh Tok Pulau Manis sebagai menyimpulkan maksud Kalam Hikmah dan keterangannya sepanjang yang berkaitan dengan Ahli Maqam Musyahadah sebagaimana kenyataan beliau yang berikutnya;
Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan ketahui olehmu bahawa segala kebajikan itu berhimpun dalam meninggikan hemah daripada makhluk dan zahid pada barang yang lain daripada Allah Taala.
Keterangan Suluk
Segala kebajikan itu berhimpun dalam dua perkara iaitu;
• Pertama; Meninggikan hemah atau cita-cita hati hanya kepada Allah semata-mata bukannya kepada makhluk yakni;
o pahala,
o maqam atau hal-ahwal,
o keramat,
o kemuliaan, kemasyhuran, ketinggian darjat,
o syurga,
o dan apa sahaja selain daripada Allah.
• Kedua; Dingin hati (zahid) kepada sesuatu yang lain kepada Allah.

- Adalah tidak wajar jika catatan ini dijadikan sumber amalan tanpa mengambil talkin dari seorang "Guru" yang ahlinya.

Selasa, 30 Mac 2010

Alternatif Ilmu Jiwa Sutan Maakad jerantut: rawatan alternatif Sutan Maakad

Alternatif Ilmu Jiwa Sutan Maakad jerantut: rawatan alternatif Sutan Maakad

Emas Dinar Kelantan | Kelantan Gold Dinar

Emas Dinar Kelantan | Kelantan Gold Dinar

LEMBAH TUA









Assalamualaikum wbt.....

ö@è%ur uä!%y` ,ysø9$# t,ydyur ã@ÏÜ»t6ø9$# 4 ¨bÎ) Ÿ@ÏÜ»t7ø9$# tb%x. $]%qèdy ÇÑÊÈ ãAÍit\çRur z`ÏB Èb#uäöà)ø9$# $tB uqèd Öä!$xÿÏ© ×puH÷quur tûüÏZÏB÷sßJù=Ïj9 Ÿwur ߃Ìtƒ tûüÏJÎ=»©à9$# žwÎ) #Y$|¡yz ÇÑËÈ


81. Dan Katakanlah: "Yang benar Telah datang dan yang batil Telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

82. Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian