Selamat Datang Ke Blog Lembah Tua

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن الرَّحِيْمِِ
Segala puji-pujian milik Allah subhanahu wa Ta'ala yang jua pentadbir sekelian alam.Allah subhanahu wa Ta'ala jualah yang memiliki panji kemuliaan dan ketinggian.Tiada yang seumpama-nya.Dia-lah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala-galanya.Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw,penghulu semua Nabi,pembawa cahaya hidayah yang menerangi kegelapan jahiliyyah,kekufuran,kesesatan dan kemaksiatan,juga ke atas ahli keluarga dan para Sahabat Baginda radiyallahu 'anhum ajma'in serta yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari Kiamat.

Khamis, 22 Julai 2010

Bersyariat & Bertasawuf

Imam Malik (r.a) pernah berkata: "Barangsiapa bersyariat tetapi tidak bertasawuf maka sesungguhnya dia fasiq (orang yg derhaka kepada peraturan agama dan ahli maksiat), dan barangsiapa yang bertasawuf tetapi tidak bersyariat maka sesungguhnya dia zindiq (perosak agama), dan barangsiapa yang bersyariat dan bertasawuf ma...ka sesungguhnya dia telah mencapai hakikat (menempuhi jalan ketuhanan dengan benar)."



Bersyariat bermaksud pertamanya kita beriman dan ber'itiqad dengan 6 Rukun Islam iaitu Percaya kepada Allah dan membuktikannya dengan ucapan 2 kalimah syahadah, kemudian kita beriman dengan para malaikat, rasul-rasul, kitab-kitab, hari kebangkitan dan qadha' dan qadar. Kemudian kita buktikan keimanan kita itu dengan mematuhi segala hukum-hukum syariat yang wajib ke atas setiap muslim meliputi 5 Rukun Islam iaitu: Syahadah, Solat, Zakat, Puasa, dan Menunaikan Haji Ke Baitullah. Selain itu kita juga mengamalkan sepenuhnya cara hidup Islam di dalam kehidupan kita sehari-harian kerana Islam itu suatu cara hidup yg amat sempurna.

Bertasawuf pula bermaksud kita menganggap segala tindak-tanduk kita dan perbuatan kita ini selari dengan kehendak Allah dan tidak menyimpang dari apa yang Allah perintahkan. Kita beramal seakan-akan Allah sentiasa melihat kita. Segala amalan dan perbuatan kita dengan tujuan mencari keredhaan Allah semata-mata. Kita berakhlak dengan akhlak-akhlak Allah dan Rasulnya. Menjaga hubungan sesama manusia sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Bertasawuf juga bererti menjaga sebaik-baiknya hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan makhluk-makhluk Allah sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah

Kesimpulan mudahnya ialah syariat itu ialah Iman dan Islam. Tasawuf itu pula ialah Ehsan.

Perhatikan dan hayatilah maksud surah al-Baqarah ayat 1-5:
"Alif Lam Mim. Demikianlah kitab (yang telah kami turunkan) yang tiada keraguan baginya sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, dan mendirikan solat dan membelanjakan (pada jalan allah) harta yang kami rezekikan kepada mereka. Dan orang-orang yang beriman dengan apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan apa yang diturunkan (kepada kaum) sebelum kamu dan dengan Hari Akhirat mereka yakin. Mereka itu berada di atas hidayah (petunjuk) dari Tuhan mereka dan mereka itulah golongan orang-orang yang berjaya."

Daripada maksud ayat-ayat di atas Allah telah menerangkan beberapa sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu:
1. Beriman dengan perkara ghaib.
2. Mendirikan solat.
3. Membelanjakan sebahagian harta mereka pada jalan Allah.
4. Beriman dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w)
5. Beriman dengan ajaran Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad (s.a.w).
6. Yakin dengan Hari Akhirat (Hari Kiamat, kebangkitan semula di padang mahsyar, perhitungan hisab, titian siratul mustaqim, syurga dan neraka)

Dan Allah juga telah menjelaskan bahawa golongan bertaqwa ini akan sentiasa mendapat petunjuk dari Allah dan termasuk dalam kalangan orang-orang yang berjaya (di dunia dan di akhirat).

Oleh itu marilah kita semua bertaqwa kepada Allah dan hidup dengan cara hidup kerana Islam itu 'the best way of life'.

Wallahu a'lam.

Rabu, 21 Julai 2010

Kepentingan Ilmu Tasawwuf

 Assalamualaikum Warahmatullah

Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam.Selawat serta salam atas 
Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta sahabat Baginda 
sekaliannya.

Ilmu Tasawwuf merupakan salah satu cabang ilmu-ilmu islam selain 
daripada ilmu akidah dan juga ilmu syariat(fiqh). Ia merupakan suatu 
ilmu yang perlu dipelajari oleh setiap muslim demi kesempurnaan 
sesuatu ibadah yang dilakukan.
Oleh itu, ilmu tasawwuf ini harus difahami berlandaskan tuntutan Al 
Quran dan Sunnah, agar kita tidak tergelincir menjadi kaum yang 
memahami secara melampau berkaitan ilmu tasawwuf ini seperti ada 
orang yang mendalaminya supaya mendapat kelebihan kelebihan tertentu 
seperti kebal, dapat terbang di udara, berjalan di atas air dan 
sebagainya. Kita tidak menolak karamah yang diberikan Allah, tetapi 
janganlah karamah itu yg menjadi tujuan utama.

Di dalam kesempatan ini, marilah kita sama sama meneliti beberapa 
kepentingan dan tujuan tujuan mendalami ilmu tasawwuf. Antara 
kepentingan dan tujuan mendalami ilmu tasawwuf adalah :

1.      Agar ummat islam dapat menjalani hidup dengan baik dan 
seimbang selaras dengan identiti mereka yang difirmankan Allah Taala 
(maksud): "dan demikianlah kami telah menjadikan kamu satu ummat 
pertengahan"(143:Al Baqarah).

Ummat pertengahan adalah ummat yang bersikap sederhana dalam urusan 
kehidupan,tidak terlebih dan tidak terkurang. Mereka dapat 
mengimbangi antara urusan dunia dan urusan akhirat. Mereka mengambil 
kedua-duanya tetapi mereka mengutamakan akhirat kerana akhirat 
itu  "khairun wa abqo". Mereka tidak mengabaikan dunia, malah 
menjadikan dunia sebagai "mazraa'tul akhirat".

Mereka sedar jika mereka tidak menguasai dunia nescaya ianya akan 
dikuasai oleh ummat lain yang akan mengancam keselamatan ummat islam 
dan keutuhan syariat islam itu sendiri.Sebagaimana yang dapat kita 
lihat pada hari ini,kuasa kuffar laknatullah sedang menggayang 
daging ummat islam seluruh dunia terutama di palestin, iraq, 
afghanistan dan sebagainya.

2.      Agar ummat islam bukan hanya ummat yang berdoa semata mata 
kepada Allah tanpa adanya usaha yang bersunguh sungguh. Mereka tidak 
semata mata berdoa tetapi mereka terus berusaha kerana mereka faham 
maksud firman Allah Taala ( maksud): "Sesungguhnya Allah tidak akan 
mengubah nasib suatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang berusaha 
mengubahnya"(11:ArRa'd).

Mereka juga faham apa yang dilarang oleh Saidina Umar r.a "janganlah 
seseorang daripada kamu duduk tanpa berusaha mencari rezeki sambil 
berdoa"Ya Allah, kurniakan rezeki kepadaku" maka sesungguhnya kamu 
mengetahui bahawa langit tidak menurunkan hujan emas dan perak".

3.      Agar kita memahami dan mengerti tentang pengertian ibadah 
itu sendiri dalam lingkungan yang luas.Mereka memahami ibadat itu 
sebagaimana yang tersebut dalam hadis nabi s.a.w daripada Abi said 
Al khudri, sabda nabi (maksud) "peniaga yang benar sifatnya lagi 
amanah adalah bersama sama para nabi,para siddiqin dan para 
syuhada'" (riwayat attirmizi).

Dr. Yusuf Al Qardawi dalam bukunya " Al Ibadah Fi Islam" telah 
memetik apa yang ditulis oleh Syaikh Islam ibnu Taimiah dalah 
risalahnya "Al Ubudiah", katanya "ibadah adalah satu nama yang 
merangkumi bagi semua perkara yang dikasihi dan diredhai Allah 
daripada perkataan-perkatan dan perbuatan-perbuatan, batinnya dan 
zahirnya, sembahyang,zakat,puasa,haji,bercakap benar,menunaikan 
amanah,berbuat baik pada ibubapa, menghubung silaturrahim,setia pada 
janji, menyuruh berbuat baik, baik pada jiran tetangga, anak 
yatim,orang musafir, orang miskin, hamba sahaya dan 
binatang,berdoa,berzikir,membaca dan seumpamanya itu adalah ibadah.

Begitu juga cintakan Allah dan rasulNya, takutkan Allah, kembali 
kepadaNya, ikhlas beragama kepada Allah, sabar terhadap hukumanNya, 
syukur atas nikmatNya, redha dengan qada'Nya, bertawakkal padaNya, 
berharap pada rahmatNya, takut pada azabNya dan seumpama itu adalah 
beribadah kepada Allah."

4.      Memahami benar-benar pengertian sebenar zuhud,uzlah dan 
tawakkal. Dengan itu tidak menjadikan mereka lemah, tidak menjadikan 
mereka miskin dan makan bantuan orang lain, tidak menjadikan meraka 
jahil bebal dan mereka tidak dikuasai oleh orang kafir tetapi mereka 
menguasai orang kafir. Mereka sanggup berkorban bukan dikorbankan 
sebagaimana yang berlaku pada ummat islam hari ini.

5.      Dengan kefahaman yang benar terhadap tasawwuf ini 
berlandaskan Al Quran, Sunnah dan sirah rasul dan disusuli dengan 
penghayatan, meletakkan ummat islam sebagai sebaik baik ummat. Dan 
pada ketika itu, ummat umat lain akan tertarik dan terpesona 
dengan "khairun ummat" ini dan seterusnya akan berlakulah apa yang 
difirmankan Allah Taala (maksud) "Apabila telah datang pertolongan 
Allah dan kemenangan, kamu melihat manusia masuk ke dalam agama 
Allah beramai-ramai"
(1-2 : An Nasr).

Sebagai kesimpulannya, kemunduran ummat islam tidak boleh 
dipersalahkan kepada ulama' ulama' tasawwuf, mereka menekankan agar 
manusia bencikan dunia kerana mereka bimbang bila manusia memiliki 
dunia, mereka akan lupa daratan.Berkata Sayid Ahmad Al Badawi "orang 
boleh kaya dunia tetapi nabi s.a.w melarang kita cintakan dunia, 
seperti nabi Sulaiman a.s. dan para sahabat r.a yang kaya, kita 
harus menundukkan dunia, dunia tidak boleh diletak di dalam hati".

Mereka ( ulama' tasawwuf) mendesak agar beruzlah kerana bimbang 
terhadap mereka yang rapuh imannya, yang tiada ketahanan jiwa dan 
kurang takwa, kemungkinan akan terpengaruh dengan masyarakat yang 
sudah rosak tamadunnya. Mereka bertindak demikian untuk 
menyelamatkan mereka yang lemah agar tidak musnah.

Oleh itu, untuk memiliki dunia, setiap orang islam mesti mempunyai 
ilmu, iman yang kuat, takwa, kesabaran, ketahanan, keikhlasan dan 
kesedaran betapa pentingnya akhirat berbanding dunia. Dunia hanya 
batu loncatan sahaja untuk ke akhirat.

Wassalam.

Rujukan :

1.      Kitab Minhajul Abidin karangan Imam Al Ghazali
Bab sepatah kata penterjemah
Penterjemah : Hj. Engku Ali engku Endut
Cetakan ASPIRASI TERAS SDN BHD, Terengganu.

2.      Terjemahan Al Hikam ( karangan As syaikh Ibnu atho illah )
Penterjemah : H. Saleim Bahreisy
Penerbit : Victoria agencie, KL.

Isnin, 5 Julai 2010

QARIN SESATKAN MANUSIA

Qarin ialah perkataan Arab yang bermaksud teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat daripada kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi.

Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia menampakkan hal-hal yang buruk dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjeru muskan manusia dan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyai qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.

Dalam surah al-An'am: 112 Allah S.W.T berfirman maksudnya:

"Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu."

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermak sud:

"Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan den gan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya, maka tidak lah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan."

Tersebut dalam Al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang tugasnya men catat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan dan ada yang membawa wahyu kepada rasul rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta‑duta. Ada pula yang bertugas memelihara, Al -Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang menjaga ner aka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam, memuji-muji Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan.

Tersebut juga dalam Al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah S.A.W., ketika beliau mula-mula menerima wahyu. Disebut juga tentang malaikat yang bersayap, satu-satu, dua-dua, tiga-tiga dan empat-empat.

Tersebut juga dalam Al-Quran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril, yang juga disebut Ruhu ‘I Amin dan Ruhu I' Qudus. Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati)) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka. Dalam Peperangan Badar malaikat telah datang menolong orang-orang Islam, sampai 3,000 malaikat jumlahnya.

Dijelaskan juga dalam hadis-hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik seman gat dan man. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukan lah badan kasar, melainkan roh manusia jua.

Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau was-was, melainkan pen garuh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan. Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Termizi, an-Nisai demikian maksudnya:

"Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gang guan kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran dan sen tuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka sesiapa merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu daripada Allah dan terima kasihlah ia kepada-Nya.

Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hen daklah berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Kemudian ia membaca syaitan menyu­ruh menjanjikan kamu kefakiran dan menyuruh kamu melakukan kekejian.

Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah syaitan yang senti asa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, man akala qarin (iblis dan syaitan) tadi adalah penung gangnya. Demikianlah perbandingan yang diberi oleh Rasulullah S.A.W.

Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penung­gang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat.

Maksud sebenar hadis ini ialah iblis dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya. banyak di antara mereka yang terpedaya dengannya sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas mereka menentang perintah Allah S.W.T. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan qarin tadi.

Iblis menggoda dan menipu manusia

Gambaran godaan iblis dan syaitan terhadap manusia dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang bermaksud bahawa seseorang itu apabila hendak menganut agama Islam, iblis akan menggoda dan menipu manusia. Syaitan akan bertanya adakah mereka hendak meninggalkan agama asal mereka, iaitu agama yang telah dianuti oleh bapa-bapa dan keturunan mereka sejak dahulu kala lagi. Ketika manusia hendak berhijrah, iblis dan syaitan bertanya, adakah mereka sanggup meninggalkan tanah air yang telah mereka diami sejak dahulu kala. Adakah mereka akan meninggalkan langit atau tempat mereka berlindung. Pada hal tempat yang hendak dituju belum pasti dapat menjamin kebahagiaan mereka.

Begitu juga halnya ketika manusia hendak berji had ke jalan Allah. Iblis dan syaitan menakut  nakutkan manusia supaya mereka sayangkan dunia yang begitu indah termasuk harta benda yang mere ka miliki. Kemudian dibisikkan dalam hati mereka adakah mereka sanggup melihat isteri-isteri dikah wini oleh orang lain apabila mereka mati ketika berjihad. Harta yang ditinggalkan akan dibahagi  bahagi untuk orang yang masih hidup. Orang lain bersuka-ria menikmati harta peninggalan. Isteri yang ada berkahwin lain. Perjuanan seumpama ini adalah merugikan.

Sesungguhnya syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan berbagai-bagai cara. la duduk melakukan gangguan kepada manusia dengan alasan Islam. Lalu ia berkata: "Apakah kamu masuk Islam dan meninggalkan agama kamu dan agama nenek-moyang kamu? Tetapi manusia itu menen tangnya dan masuk Islam. Lalu syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan jalan hijrah." Syaitan berkata: "Apakah kamu hendak hijrah, meninggalkan bumi dan langitmu? Tetapi manusia itu menentang dan hijrah. Kemudian syaitan itu duduk dan menganggu manusia dengan jalan jihad dan berkata: Apakah kamu akan berjihad sedangkan jihad itu menghilangkan nyawa dan harta. Kamu akan terbunuh. Maka isteri kamu akan dikahwini oleh orang lain, manakala harta-harta kamu akan dibahagi-bahagikan. Tetapi manusia tetap menentang syaitan dan terus berjihad.

Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi antara manusia dan qarinnya atau dengan sym tan lain. Hanya manusia yang leka dan sesat sahaja yang akan terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan dipacu menurut kehendaknya. Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan. Inilah jawapan Allah S.W.T ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia seperti yang tersebut dalam surah al Hijr: 42 yang bermak sud:

"Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka kecuali orang yang mengikut kamu iaitu orang-orang yang sesat."

Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwav atkan dalam kitab sahihnya bahawa Rasulullah S.A.W ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa A.S dan ibun ya Maryam berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran: 36 yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya daripada syaitan yang direjam."

Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menung gu maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaik-baik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gang guan iblis dan syaitan."

Daripada Abu Rafi R.A (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah S.A.W) ia berkata Yang maksudnya:

"Aku lihat Rasulullah S.A.W membaca azan solat di telinga Husain bin Ali ketika Fatimah R.A melahirkannya."

Menurut kepercayaan keagamaan orang Mesir pada zaman lampau, qarin ialah makhluk kedua dalam setiap individu, atau secara umumnya sebagai teman, rakan dan syaitan. Dengan kata lain, qarin umumnya dipercayai sebagai hantu, syaitan atau jin yang lahir bersama-sama bayi dan akan menjadi teman sepanjang hidup.

Kepercayaan orang-orang Islam di Afrika Utara terhadap qarin berkait rapat dengan kepercayaan orang-orang Mesir. Jin yang terdiri daripada jantina yang berlainan menjadi rakan pada roh. Sekiranya bayi yang lahir itu lelaki, maka qarin itu dianggap sebagai kakak, begitulah sebaliknya. Qarin dikatakan tidur dengan kembarnya dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi. Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat daripada orang itu.

Oleh:Dato Ustaz Haron Din