Selamat Datang Ke Blog Lembah Tua

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن الرَّحِيْمِِ
Segala puji-pujian milik Allah subhanahu wa Ta'ala yang jua pentadbir sekelian alam.Allah subhanahu wa Ta'ala jualah yang memiliki panji kemuliaan dan ketinggian.Tiada yang seumpama-nya.Dia-lah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala-galanya.Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw,penghulu semua Nabi,pembawa cahaya hidayah yang menerangi kegelapan jahiliyyah,kekufuran,kesesatan dan kemaksiatan,juga ke atas ahli keluarga dan para Sahabat Baginda radiyallahu 'anhum ajma'in serta yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari Kiamat.

Sabtu, 21 Ogos 2010

3 PERKARA MENGHAPUSKAN DOSA & MENGANGKAT DARJAT



Hendakkah kamu aku beritahu apa yang dapat menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat darjat?” Para sahabat menjawab: “Ya, kami ingin tahu wahai Rasulullah.” Baginda berkata, “Berwudhuklah dengan baik dalam keadaan air yang sejuk, banyakkan langkah menuju masjid, dan menunggu sembahyang sesudah sembahyang. Itulah Ribath, Itulah Ribath (mengikat diri dengan sempadan ketaatan kepada Allah).” (HR. Muslim)
1. Berwudhuklah dengan baik dalam keadaan air yang sejuk. Berwuduk dengan menggunakan air yang terjemur di bawah panas matahari adalah makruh hukumnya.
2. Banyakkan langkah menuju ke tempat sembahyang samada masjid atau surau (masjid yang tidak didirikan sembahyang Jumaat). Rasullullah SAW amat menitikberatkan ummatnya khususnya kaum lelaki untuk solah fardhu berjemaah di masjid ataupun di tempat azan dilaungkan.Selain pahala berjemaah, disana terdapat pahala gandaan tempat:-
  • Pahala sembahyang di Masjid Jamek (masjid yang didirikan sembahyang Jumaat) ialah 150 kali ganda fadhilat sembahyang sendirian di rumah.
  • Pahala sembahyang di surau iaitu masjid yang tidak didirikan sembahyang Jumaat ialah 25 kali ganda fadhilat sembahyang sendirian di rumah.
  • Pahala sembahyang di Masjidil Aqsa ialah sebanyak 500 kali ganda.
  • Pahala Sembahyang di Masjid Nabi iaitu Masjidil Nabawi ialah sebanyak 1,000 kali ganda atau 10,000 mengikut setengah riwayat.
  • Pahala Sembahyang di Masjid Allah iaitu Masjidil Haram ialah sebanyak 100,000 kali ganda.
3. Menunggu sembahyang sesudah sembahyang misalnyamenunggu sembahyang Isya sesudah sembahyang Maghrib .Rasulullah saw pernah bertanya kepada sahabat, hendakkah kamu tahu siapakah ahli syurga. “Ya Wahai Rasulullah”. Maka sabda Baginda “orang yang sembahyang Maghrib dan tidak balik sehingga selesai sembahyang Isyak.
Ribath (menjaga sempadan).
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ada dua jenis 
mata yang tidak akan disentuh oleh neraka, yaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang pada malam hari menjaga sempadan negeri dalam melakukan peperangan fi-sabilillah.” (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi)
Apabila mata tidak masuk neraka, maka secara automatiklah tuannya tidak masuk neraka.