Selamat Datang Ke Blog Lembah Tua
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن الرَّحِيْمِِ
Segala puji-pujian milik Allah subhanahu wa Ta'ala yang jua pentadbir sekelian alam.Allah subhanahu wa Ta'ala jualah yang memiliki panji kemuliaan dan ketinggian.Tiada yang seumpama-nya.Dia-lah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala-galanya.Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw,penghulu semua Nabi,pembawa cahaya hidayah yang menerangi kegelapan jahiliyyah,kekufuran,kesesatan dan kemaksiatan,juga ke atas ahli keluarga dan para Sahabat Baginda radiyallahu 'anhum ajma'in serta yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari Kiamat.
Ahad, 20 Jun 2010
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan "Makrifah"
'Makrifah' ialah perkataan Bahasa Arab yg berasal dari huruf ('ain, ro', fa) - dibaca 'Arofa. Perkataan 'Arofa di dalam Kamus Lisanul Arab bermaksud: 'Mengetahui dan mengenali dengan mendalam sehingga sempurna pengetahuannya terhadap sesuatu'.
Perkataan 'Makrifah' ialah 'Kata Nama Tempat' yang boleh dimaksudkan sebagai 'Sesuatu tempat yang telah sempurna pengetahuannya atau mencapai peringkat tertinggi di dalam pengetahuannya terhadap sesuatu'.
Imam Muhyiddin Ibnu 'Arabi di dalam kitabnya Futuhat al-Makkiyah ada menjelaskan maksud 'Makrifah' iaitu: ".. Kesempurnaan pengetahuan yang seimbang antara akal dan hati dalam perilmuan sebelumnya sehingga membuka kunci untuk pintu-pintu perilmuan selepasnya yg dibimbing ilham-ilham yg bersih sehingga tindakan kemanusiaan jasadnya membentuk akhlak dan peradaban yang tinggi terhadap manusia dan makhluk serta tindakannya itu tidak pula dikuasai harta benda atau sebarang keinginan makhluk.."
Kesimpulannya 'Makrifah' ialah suatu peringkat kesempurnaan di dalam ilmu yg selaras dengan pertimbangan akal dan hati yg mana ilmu itu tidak dipengaruhi dorongan nafsu atau sebarang keinginan makhluk.
Kebanyakan para sufi yang waliyullah digelar Al-'Arif Billah iaitu 'orang yang arif dengan Allah atau orang yang mengenali Allah dengan pengetahuannya yg amat mendalam'.
Pintu-pintu 'Makrifah Billah' bermaksud pintu-pintu ilmu tasawuf yg lebih tinggi dalam perjalanan mengenali Allah yg dapat dicapai bila kita telah berjaya melepasi peringkat-peringkat perjalanan hati yg sebelumnya.
'Makrifah' Billah tidak akan dapat dicapai melainkan bila seseorang hamba itu telah dapat membuang segala kehendak-kehendak makhluk yg duniawi di dalam hati dan jiwanya serta menjadikan akal fikiran dan jiwanya semata-mata untuk Allah serta redha sepenuhnya pada Allah.
Jumaat, 4 Jun 2010
YA ALLAH KAMI MEMOHON SYAFAAT RASULILLAH, JANGAN PISAHKAN KAMI DARIPADA KEKASIH KAMI - petikan daripada Solusi tulisan Us Umar
Seorang sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Auf bin Malik bercerita, suatu hari Nabi s.a.w. bersabda kepada kami, “Tahukah engkau apa yang telah ditawarkan Tuhanku malam tadi kepadaku?” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”
Rasulullah s.a.w. berkata, “Allah menawarkan kepadaku sama ada memasukkan sesetengah umatku ke dalam syurga, atau memberiku syafaat. Aku lalu memilih syafaat.”
Kami lalu berkata, “Wahai Rasulullah, mintakanlah kepada Allah agar menjadikan kami termasuk dalam golongan ahli syafaatmu.”
Baginda menjawab: “Syafaat ini untuk semua Muslim.”
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dan Ibn Majah ini sengaja saya pilih untuk membuka perbincangan kita tentang syafaat Rasulullah s.a.w., kerana isinya melahirkan kegembiraan di hati setiap orang yang membacanya.
Makna Syafaat
Secara bahasa, syafaat berasal daripada kata al-syaf’u, maknanya “genap” (lawannya ganjil). Syafaat dengan demikian mengandungi makna “menggenapkan” sesuatu, yakni membantu pihak lain melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan dirinya sendiri. Ibn al-Manzur dalam Lisan al-Arab berkata, “Syafaat ialah perkataan seseorang kepada raja untuk meminta hajat bagi orang lain.”
Sewaktu kita berbicara pada Hari Pembalasan, maka yang menjadi Raja pada hari itu adalah Allah s.w.t. yang menampilkan diri-Nya sebagai penentu nasib setiap makhluk. Pada hari itu, “Tiada siapa yang dapat memberi syafaat di sisi Allah melainkan dengan izin-Nya.” (Surah al-Baqarah 2: 255). Maka hanya hamba-hamba yang sangat dekat kepada Allah sahaja yang memperoleh kehormatan untuk membantu orang lain.
Keyakinan dengan adanya syafaat ini merupakan aqidah yang menjadi pegangan Ahli Sunah waljamaah. Berkata al-Qadhi Iyad al-Maliki sebagaimana nukilan Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim, “Berbagai athar (hadis) yang keseluruhannya mencapai darjat mutawatir menunjukkan adanya syafaat bagi orang yang berdosa di akhirat, dan ini menjadi perkara yang telah menjadi ijmak di kalangan ulama Ahli Sunah Waljamaah sejak generasi salaf dan khalaf hingga hari ini.”
Al-Qadhi Iyad juga menjelaskan bahawa sekelompok manusia daripada puak Muktazilah dan Khawarij menolak adanya syafaat ini. Mereka berhujah dengan beberapa ayat al-Quran yang kesemuanya jika diperhatikan dengan teliti, berkaitan dengan orang kafir. Maka ayat ini tidak boleh dikenakan bagi orang beriman yang melakukan dosa lalu dimasukkan ke neraka. Hal ini kerana terdapat hadis-hadis Nabi yang mutawatir menjelaskan bahawa syafaat dapat menyelamatkan mereka dengan izin Allah s.w.t.
Lagi pula, kalau kita renungi secara mendalam syafaat ini sebenarnya tidak lain merupakan salah satu perwujudan daripada sifat rahmat Allah s.w.t. kepada seluruh hamba-hamba-Nya. Rahmat ini diperlihatkan melalui hamba-hamba pilihan-Nya untuk menampilkan kelebihan mereka kepada semua manusia yang lain.
Syafaat Terbesar
Antara hamba-hamba pilihan itu ialah Baginda Muhammad Rasulullah s.a.w. satu-satunya hamba Allah yang memiliki al-Maqam al-Mahmud (Maqam yang Terpuji). Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Jabir bin Abdillah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku telah diberikan lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada nabi-nabi sebelumku, salah satunya aku diberikan syafaat.”
Hadis ini tidak bermakna bahawa syafaat hanya dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. sahaja, dan tidak dimiliki oleh nabi-nabi lain. Namun apa yang ingin kita bicarakan kali ini ialah tentang sebuah syafaat khas yang eksklusif dimiliki Rasul Akhir Zaman, iaitu apa yang dikenal dalam ilmu aqidah sebagai al-Syafaatul ‘Uzma (Syafaat Terbesar).
Begitu luas dan besarnya syafaat ini, hingga ianya meliputi semua makhluk. Walaupun bukan berasal daripada umat Baginda, iaitu syafaat yang melepaskan semua ahli mahsyar yang telah penat kerana seksaan zahir dan batin sekian lama untuk menunggu proses hisab dilaksanakan. Perkara ini bersesuaian dengan sifat Baginda yang diutus Allah s.w.t. sebagai rahmat bagi sekalian alam, juga dengan syariat Baginda yang meliputi seluruh manusia.
Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a., “pada hari kebangkitan, semua umat manusia berlutut, setiap umat akan mengikuti seorang nabi dan berkata kepadanya, “Wahai polan, tolonglah kami.” Nabi itu terus menolak, hingga mereka mendatangi Rasulullah s.a.w. Maka pada saat itulah, Allah menempatkan Baginda di al-Maqam al-Mahmud (maqam yang Terpuji).”
Abu Hurairah dan Anas bin Malik meriwayatkan hadis ini dengan lebih terperinci sebagaimana yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim. Ringkasnya, semua manusia pertama kali mendatangi Nabi Adam, lalu Nabi Ibrahim, lalu Nabi Musa hingga ke Nabi Isa a.s. Namun kesemua nabi-nabi ini tidak berani meminta kepada Allah s.w.t untuk memulai hisab. Semua manusia kemudiannya akan menemui Nabi Muhammad s.a.w. Baginda segera bersujud di bawah Arasy sambil memuji Allah dengan berbagai pujian yang Allah ilhamkan kepadanya.
Beberapa lama kemudian, Allah berfirman kepada kekasihnya ini yang antaranya bermaksud: “Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu. Mintalah, maka engkau akan diberi. Dan berikanlah syafaat, maka syafaatmu akan diterima.” Pada saat itulah, Rasulullah meminta agar Allah memulai hisab untuk umatnya. Allah, Raja Hari Pembalasan segera mengabulkan permintaan tersebut.
Syafaat untuk Ahli Neraka
Demikianlah Syafaat Terbesar yang hanya dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Namun selain syafaat ini, Baginda terus diizinkan untuk memberikan syafaat bagi menolong setiap umatnya yang memerlukan bantuan. Di dalam hadis al-Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik, Baginda bersabda yang bermaksud: “Setiap Nabi memiliki doa yang pasti Allah kabulkan, dan aku menyimpan doa tersebut sebagai syafaat bagi umatku di akhirat nanti.”
Syafaat ini diperlukan kerana Rasulullah s.a.w. memiliki bilangan umat yang paling ramai dibandingkan nabi-nabi yang lain, dan tidak semua orang daripada umat Baginda yang mencapai kesempurnaan amal. Ramai antara mereka yang terjatuh ke dalam lembah maksiat terutamanya kerana mengikuti dorongan hawa nafsu.
Imam al-Hakim meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku melihat apa yang dilakukan umatku setelahku, mereka menumpahkan darah saudara mereka sendiri. Aku berasa sedih melihat hal itu, namun itu telah menjadi ketentuan Allah sebagaimana yang terjadi pada umat-umat lainnya. Aku lalu meminta kepada Allah agar diizinkan memberi syafaat bagi mereka pada hari kiamat, Allah lalu mengizinkannya.”
Baginda terus meminta kepada Allah untuk mengeluarkan setiap orang daripada umatnya yang berada di neraka sehingga tidak seorang pun yang tertinggal di tempat itu. Allah mengabulkan syafaat Rasulullah sebagai perwujudan janji-Nya yang maha benar, “Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu sehingga kamu menjadi puas.” (Surah al-Duha 93: 5)
Al-Qadhi Iyadh menyebutkan beberapa bentuk syafaat yang Nabi s.a.w. berikan kepada umatnya. Antara lain, memasukkan sebahagian umatnya ke dalam syurga tanpa hisab, mengangkat darjat sebahagian yang lain, menyelamatkan mereka dari neraka bagi orang yang telah diputuskan masuk ke dalamnya, juga mengeluarkan sebahagian yang lain dari neraka setelah mereka memasukinya.
Semua syafaat Rasulullah yang berbagai bentuk itu akan memberi manfaat kepada semua umat Baginda tanpa terkecuali. Umat Baginda ialah setiap orang yang pernah mengucapkan kalimat syahadat dengan ikhlas kerana Allah s.w.t.
Dalam Sahih al-Bukhari, Abu Hurairah bertanya Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaatmu?” Mendengar soalan itu Baginda menjawab, “Aku sudah mengagakkan bahawa engkau akan menjadi orang pertama yang bertanya tentang perkara ini, kerana kecintaanmu kepada hadis-hadisku. Sesungguhnya manusia yang paling berbahagia dengan syafaatku pada hari kiamat nanti ialah orang yang pernah mengucapkan syahadat ‘tidak ada tuhan selain Allah’ dengan ikhlas daripada dasar hatinya.”
Imam al-Tirmizi meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik yang bertanya kepada Nabi s.a.w., “Di manakah aku harus mencari tuan nanti untuk meminta syafaat?” Baginda menjawab, “Carilah aku di titian sirat.” Anas bertanya lagi, “Kalau aku tidak menemukan tuan di titian sirat?” Baginda menjawab, “Carilah aku di tempat penimbangan amal.” Anas bertanya lagi, “Kalau aku tidak menemukan tuan di sana?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Carilah aku di telaga, sesungguhnya aku pasti hadir di salah satu daripada ketiga-tiga tempat ini.” Jelas di sini, Rasulullah akan selalu hadir di tempat-tempat yang sangat memerlukan di sepanjang proses hisab.
Wasilah
Setelah mengetahui hakikat ini, selayaknya bagi setiap Muslim yang berasa diri banyak dosa, ia selalu mengharapkan bantuan dan syafaat Rasulullah s.a.w. Dan itu dapat diusahakan dengan memperbanyakkan amalan sunah yang menjadikan kita layak mendapatkan syafaat Baginda. Siapa yang selalu melanggar sunah, semakin jauh ia daripada syafaat Nabi di akhirat.
Dalam Sahih Muslim menyebut hadis daripada Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jika kamu mendengar seruan muazin, maka ucapkanlah seperti ucapannya, lalu kamu berselawat kepadaku. Maka sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali. Kemudian mintakanlah wasilah untukku, sesungguhnya demikian itu adalah sebuah tempat di syurga yang tidak patut didiami melainkan seseorang hamba Allah sahaja, dan aku berharap akulah orangnya. Barang siapa yang memintakan wasilah untukku, maka ia pasti mendapatkan syafaatku.”
Isnin, 10 Mei 2010
KELEBIHAN BERKUMPUL MENGINGATI ALLAH
Al-Kahfi [28] Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata…
Rasulullah saw selalu berkumpul bersama para sahabat untuk berzikir dan mengingati Allah, terutamanya pada waktu pagi (selepas Subuh) dan juga pada waktu petang (selepas Asar)
Berkata Anas bin Malik r.a Rasulullah saw bersabda, (jika) ada satu kumpulan orang duduk bersama saya berzikrullah dari (selepas) solah fardhu Subuh sehingga naik matahari, adalah lebih baik pada saya daripada memerdekakan 4 orang (hamba) dari keturunan Nabi Ismail a.s dan (jika) ada satu kumpulan orang duduk bersama saya berzikrullah selepas fardhu solah Asar sehingga ghurub matahari, adalah lebih baik pada saya daripada memerdekakan 4 orang (hamba) dari keturunan Nabi Ismail a.s..
Selain itu Baginda menyuruh para sahabat menyertai majlis mengingati Allah samada majlis zikir atau majlis ilmu.
Rasulullah saw bersabda, “Apabila kamu melalui taman-taman syurga, maka makanlah buahnya.” Para sahabat bertanya “Apakah taman-taman syurga itu, ya rasulullah?” Beliau menjawab, “Majlis ilmu (majlis yang dalamnya ada peringatan kepada tuhan ) ” (HR Thabrani Targhib)
Hadits shohih riwayat Imam al-Bukhari yang diriwayatkan daripada Qutaibah bin Sa`iid daripada Jariir daripada al-A’masy daripada Abu Sholih daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. di mana diriwayatkan bahawa Junjungan s.a.w. bersabda:-
Bahawasanya Allah mempunyai malaikat-malaikat yang tugas mereka ialah mengelilingi segenap pelosok bertujuan mencari ahli zikir. Maka apabila mereka menemui satu kaum (yakni satu kumpulan manusia) yang sedang berzikrullah, mereka pun berseru sesama sendiri (yakni sesama malaikat tadi): “Marilah kepada hajat (tuntutan / tujuan) kamu (yakni tugas mereka mencari ahli zikir tadi)”.
Junjungan meneruskan sabdaan:
“Maka malaikat-malaikat tersebut menyelubungi mereka (yakni kaum yang berzikir itu) dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia.”
“Maka malaikat-malaikat tersebut menyelubungi mereka (yakni kaum yang berzikir itu) dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia.”
Junjungan meneruskan sabdaan:
“Lalu Tuhan mereka bertanya kepada para malaikat tersebut, sedangkan Dia lebih mengetahui daripada mereka: “Apa yang diucapkan oleh hamba-hambaKu?”
“Lalu Tuhan mereka bertanya kepada para malaikat tersebut, sedangkan Dia lebih mengetahui daripada mereka: “Apa yang diucapkan oleh hamba-hambaKu?”
Para malaikat menjawab: “Mereka bertasbih kepadaMu, bertakbir kepadaMu, bertahmid kepadaMu, bertamjid kepadaMu (mengagungkan Allah).”
Junjungan meneruskan sabdaan:
“Maka Allah berfirman: “Adakah mereka melihatKu?
“Maka Allah berfirman: “Adakah mereka melihatKu?
Junjungan meneruskan sabdaan
“Lalu para malaikat menjawab: “Tidak, demi Allah mereka tidak melihatMu
“Lalu para malaikat menjawab: “Tidak, demi Allah mereka tidak melihatMu
Junjungan meneruskan sabdaan:
“Maka Allah berfirman: “Dan bagaimana jika sekiranya mereka melihatKu?”
“Maka Allah berfirman: “Dan bagaimana jika sekiranya mereka melihatKu?”
Junjungan meneruskan sabdaan:-
Para malaikat itu berkata: “Jika sekiranya mereka melihatMu, nescaya jadilah mereka lebih kuat beribadah keranaMu, lebih kuat bertamjid keranaMu dan lebih banyak bertasbih keranaMu.”…..
Para malaikat itu berkata: “Jika sekiranya mereka melihatMu, nescaya jadilah mereka lebih kuat beribadah keranaMu, lebih kuat bertamjid keranaMu dan lebih banyak bertasbih keranaMu.”…..
Jumaat, 7 Mei 2010
Mintalah Orang Berdoa dan Sembahyang Hajat
Rasulullah saw bersabda: Perbanyakanlah berdoa dan mintalah agar orang-orang mendoakan kebaikan untukmu, kerana sesungguhnya seorang hamba itu tidak mengetahui melalui lisan siapakah doanya dimakbulkan atau ia diberi rahmat. (HR. Al Khathib melalui Abu Hurairah r.a)
Rasulullah s.a.w. sendiri pernah meminta Sayyidina Umar berdoa untuknya semasa beliau mengerjakan ibadat umrah., begitulah tawadduknya Baginda Mulia.
Dalam sebuah hadis disebutkan, bahawa Umar bin al-Khattab berkata: Ertinya: “Aku meminta izin kepada Rasulullah Shallallahualaihi wasallam untuk melakukan umrah. Nabi mengizinkan dan bersabda: Wahai Saudaraku, sertakan kami dalam doamu(ketika menunaikan umrah), janganlah
engkau lupakan kami.”(Riwayat At-Tirmizi)
Kebiasaan masyarakat kita ialah mengadakan sembahyang hajat dan meminta orang lain turut mendoakan sesuatu hajat. Dalam hadith disebut disebut sekiranya ada hajat maka sembahyanglah, namun tidak pula disebut berjemaah.
Dari Abi Ad-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berwudhu’ lalu diperelokkan wudhu’nya, kemudian dia menunaikan solat dua (2) raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa yang dimintanya, sama ada cepat atau lambat(Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad)
Jikalau ada mempunyai hajat-hajat yang besar, misalnya suami atau isteri lari dari rumah lakukanlah sembahyang sunat 2 rakaat. Kemudian selepas memberi salam, sujud (diluar sembahyang)dan bacalah “Lailaha illa anta subhanka inni kuntu minaz zolimin, bacalah sebanyak 40 dan lakukanlah selama 40 hari (sempena kaedah nabi Yunus terperangkap didalam ikan yu).
Tuhan amat dekat dengan hambanya apabila dia sedang sujud maka perbanyakkanlah do’a (waktu sujud).”H. R Muslim, Abu Dawud, Nasaai
Mengapa harus dibaca doa Nabi Yunus itu diluar sembahyang?
Ini kerana terdapat larangan daripada Rasulullah dan selain itu Baginda memerintahkan agar membaca tasbih dalam rukuk dan sujud dalam sembahyang.
Larangan membaca Al-Quran dalam Rukuk dan Sujud (Dalam Sembahyang)
Doa Nabi Yunus itu adalah ayat Quran. Dilarang baca Quran dalam ruku’ dan sujud (oleh itu bacalah dalam sujud selepas salam):
Dari Ali bin Abi Thalib katanya “Aku dilarang Rasulullah s.a.w. membaca Quran dalam rukuk dan sujud (Riwayat Muslim)
Perintah Nabi Supaya Bertasbih dalam Rukuk dan Sujud (Dalam Sembahyang)
Dari Ukbah Bin Amir r.a. katanya “Tatkala turun ayat suci (Fasabbih Bismirabbikal Azim..) kepada Rasulullah, beliau bersabda: “Jadikanlah (bacaan Tasbih) itu dalam rukuk kamu”. Kemudian tatkala turun ayat suci (Sabbihis Marabbikal A’la), Rasulullah s.a.w bersabda “”Jadikanlah (bacaan Tasbih) itu dalam sujud kamu”
Lafaz tasbih: Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud daripada Ibn ‘Abbas bahawa Rasulullah SAW apabila membaca ayat: “Sabbihis marabbikal-a’la, Baginda membacaSubhana Rabbiyal-a’la (Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi).”
Dari Huzaifah r.a. bahawa ia sembahyang bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w., lalu (didengarnya) baginda membaca dalam rukuknya: “Subhana Rabbiyal Azim”, dan di dalam sujudnya:Subhana Rabbiyal A’la”….. ( Hadith sanad Hasan Sahih – Riwayat Tirmidzi)
Selasa, 27 April 2010
BERTASBIH DENGAN JARI ATAU DENGAN TASBIH PETIKAN DARI ARTIKEL US NIK AB RAHIM DLM SOLUSI,RUANGAN MAQASID
”Jangan guna tasbih, tasbih tu bid’aah? Pakcik tak boleh guna” kata seorang pemuda dengan keras dan lantang kepada pakcik imam sebuah surau kampung. Pakcik imam menjawab sambil tersenyum, ”Takpe, saje je nak guna tasbih ni, biasanya pakcik guna jari”.
Begitulah gambaran satu senario yang mungkin berlaku dalam masyarakat kita. Tulisan ini tidak mahu membincangkan soal cara dan uslub pemuda tersebut menegur pakcik imam tadi. Situasi di atas agak keras, kasar dan tidak sesuai. Agak keterlaluan jika terus membidas seseorang dengan kata-kata bid’ah. Jika ingin menegur ada cara dan uslub yang lebih baik. Tulisan sederhana ini hanya ingin mengenengahkan isu penggunaan tasbih dan jari dalam zikir, antara kedua-dua cara manakah yang lebih baik? Alat tasbih di sebut subhah dalam bahasa Arab dan dikenali dengan nama tasbih dalam masyarakat Melayu. Ada segelintir orang memang suka menggunakan tasbih, sehingga setiap masa dalam poket baju melayunya ada tasbih. Manakala segelintir lagi, langsung tidak suka menggunakan tasbih, bahkan dia mampu juga berzikir. Zaman sekarang sebagai ganti kepada rantai, muncul rekaan terbaru sejenis alat yang diperbuat daripada besi mengandungi nombor, orang yang berzikir hanya memetik dengan ibu jari atas butang yang disediakan mengikut bilangan yang dikehendaki. Tetapi, antara penggunaan jari dan alat-alatan seperti itu yang manakah lebih baik?. Guna rantai tasbih atau guna jari? Walaupun tujuan kedua-duanya adala sama, iaitu untuk membilang zikir yang dibaca, tapi ia tetap ada perbezaan.
Sebenarnya ramai cendekiawan Islam yang menulis berkenaan hukum atau sejarah penggunaan rantai tasbih. Mungkin yang terawal ialah Imam al-Suyuti (wafat 911H) dalam tulisan beliau yang bertajuk ”al-Minhah fi al-subhah”. Kemudian diikuti oleh muridnya Ibn Tulun (wafat 953H) dengan nama ”al-Mulihhah fi ma warada fi asl al-subhah”. Selepas itu, muncul al-Sheikh Abd al-Hayy al-Laknawi (wafat 1304H) yang mengarangkan kitab ”Nuzhat al-Fikr fi subhat al-zikr”. Beliau hanya menyebut riwayat dan hukumnya. Namun kesemua karangan tersebut cenderung kepada pensyariatan menggunakan alat tasbih itu. Satu karya semasa yang menarik minat penulis ialah ”al-Subhah tarikhuha wa hukmuha” karangan al-Sheikh Bakr Abu Zayd. Beliau mengkaji sejarah kewujudan penggunaan tasbih dalam peribadatan umat-umat lain seperti Budha, Hindu dan Nasrani serta bagaimanakah kemasukannya dalam Islam melalui puak Rafidah, dan ahli sufi. Menurut beliau, dalam sejarah orang Arab sebenarnya mereka tidak pernah mengenali nama ’al-subhah’. Penggunaan tasbih adalah tashabbuh (meniru) cara puak-puak agama lain sedangkan sunnah mengajar kita menggunakan jari.
Berzikir menggunakan jari adalah satu sunnah dalam Islam sama ada jari kanan atau kiri. Ini adalah amalan turun temurun di kalangan orang-orang Islam. Selepas zaman sahabat dan zaman awal tabi’in baru masuk penggunaan zikir dengan biji atau batu yang disusun dengan benang. Kemudian ia dikenali dengan nama al-subhah dan menjadi lambang gerakan sufi yang melampau atau rafidah. Lebih teruk lagi, ada yang mendakwa elok digantung pada leher dan menjadi lambang para malaikat.
Hal yang perlu diketahui ramai ialah, sabit dalam sunnah sama ada secara qawli, fi’li atau taqriri bahawa yang diajar ialah mengira zikir dengan menggunakan jari. Cara inilah yang dilakukan zaman berzaman. Ia membuktikan bahawa Islam ini mudah dan hukum-hukumnya berada dalam lingkungan kemampuan umat Islam. Namun, apakah penggunaan alat tasbih yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat kita itu salah dan terus boleh dilabelkan sebagai bid’ah? Tidak sesekali perlu dilabelkan seperti itu, bahkan ini mungkin akan mengundang perbalahan dan pertelingkahan dalam masyarakat.
Dari segi sejarahnya, Rasulullah s.a.w. mengajar umat Islam membilang zikir dengan jari jemari. Tiada satu hadis sahih yang diriwayatkan tentang zikir menggunakan batu atau biji-bijian. Kebanyakan hadis yang disebut adalah hadis yang lemah. Selepas itu muncul alat subhah atau rantai tasbih. Sumber-sumber sejarah menyatakan bahawa subhah ini adalah benda baru yang dimasukkan dalam agama Islam. Ada pendapat mengatakan bahawa ia mula dikenali sejak 800M. Ia adalah antara cara peribadatan kalangan penganut budha, hindu dan lain-lain. Banyak sumber-sumber sejarah yang dikemukakan oleh Syeikh Bakr Abu Zayd r.h antaranya ialah al-mawsu’ah al-arabiyyah al-muyassarah, dairah al-ma’arif al-Islamiyyah dan fatawa Rashid Rida.
Maka, ditegaskan bahawa rantai tasbih atau biji tasbih yang digunakan untuk membilang tasbih atau zikir yang dilakukan oleh seseorang tidak wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. Bahkan pada zaman sahabat ataupun tabi’in rantai tasbih ini masih tidak digunakan. Oleh kerana itu, sesetengah pakar sejarah berpendapat ia mula dikenali dalam masyarakat Islam apabila dibawa masuk oleh masyarakat non muslim. Justeru, sebahagian ulama mengkategorikan ia sebagai bid’ah. Dalam Islam, semenjak zaman para al-salaf al-soleh, mereka membilang bilangan tasbih dan zikir mereka dengan menggunakan jari jemari. Ada riwayat yang mengatakan sebahagian al-salaf membilang tasbih dan zikir mereka dengan menggunakan batu-batu kecil. (Al-Sharbasi, Yas’alunaka fi al-Din wa al-Hayah 6/477). Namun riwayat-riwayat tersebut dihukumkan lemah oleh ulama. (Bakr Abu Zayd, al-Subhah 7-16).
Justeru, kesimpulan yang saya boleh buat di sini, tidak perlulah dilabelkan seseorang pembawa bid’ah sekiranya niat dan tujuan ia menggunakan alat tasbih adalah hanya untuk membilang zikirnya. Sheikh Uthaimin dan al-Sharbasi ada menegaskan sekiranya seseorang mempunyai niat ikhlas menggunakan rantai tasbih untuk membantunya membilang jumlah tasbih dan zikir, maka ia tidak salah. Manakala jika sekiranya, seseorang menggantungkan rantai tersebut pada tengkuk dan lehernya semata-mata kerana tujuan riya’, menunjuk-nunjuk atau sebagainya, ia adalah perbuatan yang dilarang. Begitu juga sekiranya ia sentiasa memegang rantai tasbihnya untuk menunjuk-nunjuk atau hanya untuk bermain-main tanpa berzikir sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang awam, maka ia wajib dihindari. InsyaAllah, mudahan-mudahan masyarakat Islam di Malaysia tidak ada yang melakukan perbuatan seperti itu.
Namun yang perlu ditekankan ialah lebih afdhal baginya menggunakan jari jemarinya sendiri. Hal ini kerana menggunakan jari adalah cara sunnah yang diajarkan Nabi s.a.w. serta ditunjukkan oleh para sahabat r.a. Tambahan pula, jari-jari yang digunakan untuk membilang zikir-zikir tersebut akan menjadi saksi untuk kita pada hari akhirat nanti. Firman Allah Taala (Yasin : 65) :
Maksudnya : “Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami, dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan”.
Sabda Nabi s.a.w kepada wanita :
يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ اعْقِدْنَ بِالْأَنَامِلِ فَإِنَّهُنَّ مَسْئُولَاتٌ مُسْتَنْطَقَاتٌ
Maksudnya : “Wahai sekalian wanita, gunalah jari jemari (untuk membilang zikir) kerana sesungguhnya ia akan disoal dan berkata-kata”.
Oleh itu, untuk memperbaiki dan mencantikkan lagi zikir kita, seeloknya kita mengikut cara tunjuk ajar sunnah Nabi s.a.w. Mudah-mudahan Allah Taala menerima segala amalan dan niat ikhlas kita untuk menjadi pengikut setia Rasulullah s.a.w.

Sabtu, 17 April 2010
Tentang NUR ( Cahaya )
Firman Allah :
"Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan
cahayaNya adalah seperti sebuah lubang besar yang tidak tembus, yang di
dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan
bintang (yang bercahaya) seperti mutiara yang dinyalakan dari pohon yang
banyak berkahnya, (iaitu) pohon zaitun yang tidak tumbuh di sebelah Timur
(sesuatu) dan tidak (pula) tumbuh di sebelah Barat. Yang minyaknya (sahaja)
hampir-hampir menerangi, walaupun tidak di sentuh api. Cahaya di atas cahaya
(berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahayaNya siapa yang dikehendaki
dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala
sesuatu." (An Nur : 35)
Nur atau cahaya adalah salah satu daripada nama Tuhan di dalam Al
Asmaul Husna. Allah menamakan dirinya Nur. Dan menjadikan kitabnya Nur,
Rasulnya Nur, dan Agamanya itu Nur. Berkata abu Saud. Bahawa Allah
mengiktibarkan dengan Nur, kerana sesungguhnya Allah nampak dengan kurnia
Zatnya akan Nur itu dan semuanya selain Allah nampak dengan dinampakkan Nur
itu. Sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Mas'ud dari Nabi s.a.w :
"Di sisi Tuhanmu sekalian tidak ada malam dan siang. Adapun cahaya
Nur langit dan Bumi adalah dari Nur Allah."
Dari Abu Zar r.a :
" Aku bertanya kepada Rasulallah s.a.w : Apakah Tuan melihat Tuhan
?" Dijawab oleh baginda : " Aku melihat Nur."
Nur ibarat bintik-bintik yang letaknya dihati yang mana dengannya
seorang hamba itu dapat melihat yang hak dan yang batil dan asalnya adalah
taqwa. Ianya adalah satu keyakinan yang tersedia di dalam hati, yang
dikurniakan ke atasnya Iman dan keyakinan. Adapun kurnia itu ialah nampak
kepada hakikat segala sesuatu. Rasulallah s.a.w bersabda :
"Takutilah kamu akan firasat orang-orang mukmin kerana mereka
melihat dengan Nur Allah."
Tempat terbitnya Nur itu di dalam hati, ruh dan sir. Adapun hati itu
adalah tempat terbitnya Nur Tawajuh iaitu Nur yang hanya mengadap kepada
Allah. Tidak pada yang lain. Makam hati ini ialah zikir/mengingati Allah
setiap masa dan keadaan.
Adapun Ruh tempat terbitnya NurMuwajahah iaitu tempat tilik tuhan dan
jalan berpandang-pandangan dengan Allah. Di sinilah Nur penyingkap hijab,
pembuka tabir, pembuka pintu dan pemberi masuk ke hadrat Allah azza wa
Jalla.
Adapun Sir atau Rahsia adalah tempat terbitnya Nur Musyahadah, iaitu
Nur pandangan memandang dengan Allah secara maknawi. Maka hancurlah yang
lain. Hanya Allah yang kekal.
Rasulallah s.a.w bersabda apabila ditanyakan
hakikat Ihsan : "Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya, Jika kamu tidak
melihatNya maka Dia melihat kamu."
Pancaran Nur dalam hati itu dinamakan Nurul Yakin. Mula-mula sinar
itu rendah, bagai cahaya bintang yang tidak berapa terang. Kemudian
bertambah kuat sinarnya seperti cahaya bulan, maka itu dinamakan Nur Iman.
Kemudian nur itu bertambah terang bagai matahari, maka itu dinamakan Nur
Ihsan. Diketika ini, zikir telah menjadi sebati dengan jiwa. Tidak nampak
sesuatu yang lain melainkan Allah. Tiada wujud sesuatu melainkan Allah.
Berkata ahli Tasawwuf :
"Sesungguhnya matahari terbenam diwaktu petang dan sesungguhnya
cahaya Hati tak kunjung menghilang."
Dari Nur Yakin itu menyingkapkan kita kepada "makrifah" daripada
wujud ciptaan Allah kepada yang menjadikannya. Maka dikala itu dilihatnya
segala yang berlaku itu semuanya af'al Allah. Maka apabila disuluhi dengan
Nur Yakin itu maka terbitlah ditingkat ini Fana Fil Af'al.
Dari Nur Iman itu menyingkap kita kepada "makrifah" dari segala sifat
dan nama yang wujud itu semuanya bernama dan bersifat dari yang Esa. Maka
sucilah Dia dari segala sifat-sifat kekurangan. Semua benda mempunyai
hakikat Nama-namaNya. Pandangan Nur itu jelas bagai cahaya bula. Dan
ditingkatan ini, apabila disuluhi dengan Nur Iman, maka akan terbitlah Fana
Fi Sifat.
"Apabila telah dilazimkan dengan Sir dan zikir, maka ianya akan
sampai kepada Nur Ihsan. Dari Nur Ihsan itu akan menyingkapkan kita kepada
"makrifah" kepada hakikat Zat Allah. Nur itu bagai matahari. Jelas kelihatan
tiada yang sembunyi. Kadang-kadang si hamba yang berjalan pada tingkatan ini
akan terbakar jiwanya di dalam hadrat ketuhanan. Dan diketika inilah zahir
Fa fi Zat. Maka dari situ dibawa ke hadrat ketuhanan yang Maha Mulia untuk
kembali memimpin manusia untuk dibawa kembali dari jalan yang rendah ke alam
yang tinggi. Maka pintu kenabian telah tertutup yang ada pintu kewalian.
Maka rahsia Risalah Nubuwah itu kembali dibuka dengan pintu kewalian yang
tetap terbuka. Yang menjadi penyimpannya ialah Insan Kamil Mukamil. Maka
benarlah firman Allah sebagaimana yang telah tersebut pada mulanya" (Surah
An Nur, ayat 35).
Selasa, 6 April 2010
Mentaati Perintah Guru selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam
Di antara sekian ramai murid Syeikh Ibnu Khafif,ada dua orang yang mempunyai nama sama iaitu Ahmad.Untuk memudahkan pergaulan dan memanggilnya,maka yang lebih tua umurnya dipanggil Ahmad Tua,sementara yg lebih muda dipanggil Ahmad Muda.Ibnu khafif lebih menyayangi Ahmad Muda kerana beberapa kelebihannya menurut pandangan beliau.Akan tetapi murid2 lain tidak setuju.Sebab menurut mereka Ahmad Tua lebih banyak menjalani perintah dan disiplin diri dibandingkan dengan Ahmad Muda.
Ibnu khafif mengetahui reaksi murid-muridnya itu dan ingin membuktikan kepada mereka bahawa Ahmad Muda lebih taat pada perintah.
Suatu hari dihadapan rumah Ibnu Khafif ada seekor unta sedang tidur.
"Ahmad Tua,sila datang sini." Panggil Ibnu Khafif."Saya tuan guru." Kata Ahmad Tua menghadap Ibnu Khafif."Sila angkat unta yg sedang tidur itu ke atas loteng."Kata Ibnu Khafif. "Wahai tuan guru.Unta itu sangat besar,mana mungkin aku dapat mengangkatnya ke atas loteng?"Kata Ahmad Tua.
"Cukup!" Kata Ibnu Khafif. Kemudian Ibnu Khafif memanggil Ahmad Muda:"Hai Ahmad Muda,sila datang ke sini!" Saya tuan guru ."kata Ahmad Muda sebaik hadir."Sila angkat unta yg sedang tidur itu ke atas loteng." Perintah Ibnu Khafif.Tanpa berkata apa-apa,Ahmad Muda terus keluar.Dia menyingsingkan lengan bajunya dan mengetatkan ikat pinggangnya.Kemudian dia menghampiri unta besar yg sedang tidur itu dan meletakkan kedua-dua tangannya dibawah tubuh unta.Setelah itu diangkatnya unta itu sedaya upaya yang termampu.Akan tetapi sedikitpun unta itu tidak bergerak,maklumlah unta besar...mana dapat diangkat oleh orang seorang.Murid-murid lain yang melihatnya,menganggap tindakan Ahmad Muda itu sebagai bodoh dan sia-sia. "Cukup setakat itu saja.Engkau sangat bagus."Kata Ibnu Khafif.Kemudian Ibnu Khafif menerangkan kepada murid-muridnya:"Kalian telah melihatnya semua? Sekarang tahulah kamu bahawa Ahmad Muda telah melaksanakan tugasnya.Dia telah mentaati perintah yang dikenakan kepadanya tanpa membantah.Yang penting perintahku dilaksanakan,pasal mampu atau tidak,itu tidak kisah.Sebaliknya Ahmad Tua,dia hanya pandai berdalih,berhujjah dan membantah.Dari sikap masing-masing tadi, kita dapat memahami keinginan di dalam hati seseorang."Murid-murid tertunduk malu,dan mulai saat itu mereka sedar dan menghormati Ahmad Muda....
P/S :Guru sebenarnya suka menduga anak murd-muridnya,segala sindirannya penuh berilmu.Akan tetapi ramai dikalangan murid-muridnya mengambil endah tak endah setiap kata-katanya dan sering khilaf dalam mentafsirnya serta menganggap gurauan bersahaja,tanpa disedari itulah ILMU.
Moral of the story = Saya tinggalkan dengan dua rangkap pantun ini."Budak2 sedang berdiri,anda fikir-fikirkanlah sendiri."Kalu tak faham jugak tak tau ler ape nak kata!.Huhuhuuu.
( Guru diatas adalah merupakan seorang tokoh sufi yang berasal dari Parsi )

Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)