Selamat Datang Ke Blog Lembah Tua

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن الرَّحِيْمِِ
Segala puji-pujian milik Allah subhanahu wa Ta'ala yang jua pentadbir sekelian alam.Allah subhanahu wa Ta'ala jualah yang memiliki panji kemuliaan dan ketinggian.Tiada yang seumpama-nya.Dia-lah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala-galanya.Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw,penghulu semua Nabi,pembawa cahaya hidayah yang menerangi kegelapan jahiliyyah,kekufuran,kesesatan dan kemaksiatan,juga ke atas ahli keluarga dan para Sahabat Baginda radiyallahu 'anhum ajma'in serta yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari Kiamat.

Ahad, 20 Jun 2010

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan "Makrifah"


 'Makrifah' ialah perkataan Bahasa Arab yg berasal dari huruf ('ain, ro', fa) - dibaca 'Arofa. Perkataan 'Arofa di dalam Kamus Lisanul Arab bermaksud: 'Mengetahui dan mengenali dengan mendalam sehingga sempurna pengetahuannya terhadap sesuatu'.

Perkataan 'Makrifah' ialah 'Kata Nama Tempat' yang boleh dimaksudkan sebagai 'Sesuatu tempat yang telah sempurna pengetahuannya atau mencapai peringkat tertinggi di dalam pengetahuannya terhadap sesuatu'.

Imam Muhyiddin Ibnu 'Arabi di dalam kitabnya Futuhat al-Makkiyah ada menjelaskan maksud 'Makrifah' iaitu: ".. Kesempurnaan pengetahuan yang seimbang antara akal dan hati dalam perilmuan sebelumnya sehingga membuka kunci untuk pintu-pintu perilmuan selepasnya yg dibimbing ilham-ilham yg bersih sehingga tindakan kemanusiaan jasadnya membentuk akhlak dan peradaban yang tinggi terhadap manusia dan makhluk serta tindakannya itu tidak pula dikuasai harta benda atau sebarang keinginan makhluk.."

Kesimpulannya 'Makrifah' ialah suatu peringkat kesempurnaan di dalam ilmu yg selaras dengan pertimbangan akal dan hati yg mana ilmu itu tidak dipengaruhi dorongan nafsu atau sebarang keinginan makhluk.

Kebanyakan para sufi yang waliyullah digelar Al-'Arif Billah iaitu 'orang yang arif dengan Allah atau orang yang mengenali Allah dengan pengetahuannya yg amat mendalam'.

Pintu-pintu 'Makrifah Billah' bermaksud pintu-pintu ilmu tasawuf yg lebih tinggi dalam perjalanan mengenali Allah yg dapat dicapai bila kita telah berjaya melepasi peringkat-peringkat perjalanan hati yg sebelumnya.

'Makrifah' Billah tidak akan dapat dicapai melainkan bila seseorang hamba itu telah dapat membuang segala kehendak-kehendak makhluk yg duniawi di dalam hati dan jiwanya serta menjadikan akal fikiran dan jiwanya semata-mata untuk Allah serta redha sepenuhnya pada Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan