Selamat Datang Ke Blog Lembah Tua

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن الرَّحِيْمِِ
Segala puji-pujian milik Allah subhanahu wa Ta'ala yang jua pentadbir sekelian alam.Allah subhanahu wa Ta'ala jualah yang memiliki panji kemuliaan dan ketinggian.Tiada yang seumpama-nya.Dia-lah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala-galanya.Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw,penghulu semua Nabi,pembawa cahaya hidayah yang menerangi kegelapan jahiliyyah,kekufuran,kesesatan dan kemaksiatan,juga ke atas ahli keluarga dan para Sahabat Baginda radiyallahu 'anhum ajma'in serta yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari Kiamat.

Khamis, 22 Julai 2010

Bersyariat & Bertasawuf

Imam Malik (r.a) pernah berkata: "Barangsiapa bersyariat tetapi tidak bertasawuf maka sesungguhnya dia fasiq (orang yg derhaka kepada peraturan agama dan ahli maksiat), dan barangsiapa yang bertasawuf tetapi tidak bersyariat maka sesungguhnya dia zindiq (perosak agama), dan barangsiapa yang bersyariat dan bertasawuf ma...ka sesungguhnya dia telah mencapai hakikat (menempuhi jalan ketuhanan dengan benar)."



Bersyariat bermaksud pertamanya kita beriman dan ber'itiqad dengan 6 Rukun Islam iaitu Percaya kepada Allah dan membuktikannya dengan ucapan 2 kalimah syahadah, kemudian kita beriman dengan para malaikat, rasul-rasul, kitab-kitab, hari kebangkitan dan qadha' dan qadar. Kemudian kita buktikan keimanan kita itu dengan mematuhi segala hukum-hukum syariat yang wajib ke atas setiap muslim meliputi 5 Rukun Islam iaitu: Syahadah, Solat, Zakat, Puasa, dan Menunaikan Haji Ke Baitullah. Selain itu kita juga mengamalkan sepenuhnya cara hidup Islam di dalam kehidupan kita sehari-harian kerana Islam itu suatu cara hidup yg amat sempurna.

Bertasawuf pula bermaksud kita menganggap segala tindak-tanduk kita dan perbuatan kita ini selari dengan kehendak Allah dan tidak menyimpang dari apa yang Allah perintahkan. Kita beramal seakan-akan Allah sentiasa melihat kita. Segala amalan dan perbuatan kita dengan tujuan mencari keredhaan Allah semata-mata. Kita berakhlak dengan akhlak-akhlak Allah dan Rasulnya. Menjaga hubungan sesama manusia sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Bertasawuf juga bererti menjaga sebaik-baiknya hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan makhluk-makhluk Allah sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah

Kesimpulan mudahnya ialah syariat itu ialah Iman dan Islam. Tasawuf itu pula ialah Ehsan.

Perhatikan dan hayatilah maksud surah al-Baqarah ayat 1-5:
"Alif Lam Mim. Demikianlah kitab (yang telah kami turunkan) yang tiada keraguan baginya sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, dan mendirikan solat dan membelanjakan (pada jalan allah) harta yang kami rezekikan kepada mereka. Dan orang-orang yang beriman dengan apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan apa yang diturunkan (kepada kaum) sebelum kamu dan dengan Hari Akhirat mereka yakin. Mereka itu berada di atas hidayah (petunjuk) dari Tuhan mereka dan mereka itulah golongan orang-orang yang berjaya."

Daripada maksud ayat-ayat di atas Allah telah menerangkan beberapa sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu:
1. Beriman dengan perkara ghaib.
2. Mendirikan solat.
3. Membelanjakan sebahagian harta mereka pada jalan Allah.
4. Beriman dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w)
5. Beriman dengan ajaran Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad (s.a.w).
6. Yakin dengan Hari Akhirat (Hari Kiamat, kebangkitan semula di padang mahsyar, perhitungan hisab, titian siratul mustaqim, syurga dan neraka)

Dan Allah juga telah menjelaskan bahawa golongan bertaqwa ini akan sentiasa mendapat petunjuk dari Allah dan termasuk dalam kalangan orang-orang yang berjaya (di dunia dan di akhirat).

Oleh itu marilah kita semua bertaqwa kepada Allah dan hidup dengan cara hidup kerana Islam itu 'the best way of life'.

Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan