Selamat Datang Ke Blog Lembah Tua

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن الرَّحِيْمِِ
Segala puji-pujian milik Allah subhanahu wa Ta'ala yang jua pentadbir sekelian alam.Allah subhanahu wa Ta'ala jualah yang memiliki panji kemuliaan dan ketinggian.Tiada yang seumpama-nya.Dia-lah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala-galanya.Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw,penghulu semua Nabi,pembawa cahaya hidayah yang menerangi kegelapan jahiliyyah,kekufuran,kesesatan dan kemaksiatan,juga ke atas ahli keluarga dan para Sahabat Baginda radiyallahu 'anhum ajma'in serta yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari Kiamat.

Rabu, 3 Ogos 2011

Madu Sebagai Suplemen & Gizi Seimbang Semasa Berpuasa

Antara makanan popular yang sering kita jamah sepanjang bulan Ramadan adalah buah kurma. Buah kurma memang banyak khasiatnya. Ini kerana buah ini mengandung gula buah atau fruktosa yang tinggi yang baik untuk tubuh dibandingkan gula pasir.   Selain kurma, madu juga menjadi pilihan suplemen selama bulan puasa. Berbagai khasiat dan kandungannya yang luar biasa memang telah banyak diungkapkan di jurnal ilmiah dan artikel di peringkat nasional / internasional. Namun sebelum itu, dalam Al- Quran pun sudah tertulis tentang madu dan khasiatnya sebagai ubat yang menyembuhkan manusia. Oleh itu, puasa anda tentu akan semakin bermakna dengan mensyukuri kebesaran Ilahi melalui khasiat madu yang anda konsumsi selama puasa.   Sehubungan dengan itu, Allah s.w.t telah berfirman : Dan Tuhanmu mewahyukan kepada Lebah; “Hendaklah kamu membuat sarangmu di gunung-gunung, di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang kamu sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. Dengan itu, akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannnya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai jenis penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir" (An-Nahl:68-69).   Pengalaman saya minum madu semasa berpuasa memberi kelebihan kepada saya sentiasa sihat dan bertenaga sepanjang berpuasa. Petuanya mudah sahaja. Minum madu 1-2 sudu besar semasa berbuka dan 1-2 sudu besar semasa bersahur. Kalau perlu, minum 1-2 sudu lagi sebelum tidur atau selepas solat tarawih. InsyaAllah, dengan izin Allah swt, anda akan bertenaga sepanjang berpuasa.   Apa yang penting, madu yang anda makan/minum itu adalah madu yang benar-benar asli. Hati-hati dengan madu lebah yang dijual di pasaran. Cubalah petua yang saya kongsikan ini. Mudah-mudahan kita akan dapat menunaikan amal ibadat kepada Allah swt dalam keadaan yang sihat dan bertenaga. Selamat mencuba..   Selama berpuasa kita tetap memelukan tenaga yang cukup dalam melakukan aktiviti seharian.  Dalam  bulan puasa ini, tubuh kita lebih banyak lagi memerlukan gizi seimbang untuk menjana tenaga. Hal ini disebabkan selama 12 jam lebih tubuh tidak menerima serapan zat-zat makanan dan minuman, sedangkan organ-organ terus bekerja. Kekurangan tenaga menyebabkan kita merasa cepat letih atau tidak bermaya / lesu.   Salah satu sifat istimewa madu adalah ia cepat larut di dalam darah, dalam jangka waktu 7 minit sahaja setelah dikonsumsi.  Oleh kerana madu mengandungi molekul gula bebas, maka ia memudahkan kerja otak  serta membantu  proses pembentukan darah. Sebahagian besar tenaga yang diperlukan oleh darah dalam proses pembentukannya telah tersedia di dalam madu. Selain itu juga, madu membantu proses pembersihan dan peredaran darah serta mencegah terjadinya pengerasan pembuluh darah yang boleh membawa kepada arteriosklerosis. Oleh itu madu sangat bermanfaat bagi kesihatan, terutama sekali di bulan puasa ini, khasiatnya menjadi bertambah efisien !   Madu selain baik untuk kesihatan tubuh, ia juga dapat memberikan tambahan tenaga sehingga membuat kita tahan lapar. Menurut kajian pemakanan, 1000 gram madu bernilai 3,280 kalori. Nilainya sama dengan 50 butir telur atau 5,575 liter susu atau 1,680 kg daging. Sebenarnya khasiat madu amat berkaitan dengan kandungan gulanya yang tinggi selain unsur-unsur lain seperti bee pollen, enzim-enzim, vitamin A,D, E, K,  B1, B2, B3, B5, B6, C dan H,  antibiotik dan sebagainya.   Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, juga mengandungi bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri.   Meskipun sama manisnya, namun respon tubuh terhadap madu sangatlah berbeza dengan gula. Madu dapat diproses terus menjadi glukogen (sumber tenaga dalam tubuh), sedangkan gula harus diproses terlebih dulu oleh enzim pencernaan diusus. Oleh itu, tubuh kita lebih dulu merasakan manfaat madu dibandingkan gula.   ----------

1 ulasan: