Selamat Datang Ke Blog Lembah Tua

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن الرَّحِيْمِِ
Segala puji-pujian milik Allah subhanahu wa Ta'ala yang jua pentadbir sekelian alam.Allah subhanahu wa Ta'ala jualah yang memiliki panji kemuliaan dan ketinggian.Tiada yang seumpama-nya.Dia-lah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala-galanya.Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw,penghulu semua Nabi,pembawa cahaya hidayah yang menerangi kegelapan jahiliyyah,kekufuran,kesesatan dan kemaksiatan,juga ke atas ahli keluarga dan para Sahabat Baginda radiyallahu 'anhum ajma'in serta yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari Kiamat.

Jumaat, 7 Mei 2010

Mintalah Orang Berdoa dan Sembahyang Hajat



Rasulullah saw bersabda: Perbanyakanlah berdoa dan mintalah agar orang-orang mendoakan kebaikan untukmu, kerana sesungguhnya seorang hamba itu tidak mengetahui melalui lisan siapakah doanya dimakbulkan atau ia diberi rahmat. (HR. Al Khathib melalui Abu Hurairah r.a)
Rasulullah s.a.w. sendiri pernah meminta Sayyidina Umar berdoa untuknya semasa beliau mengerjakan ibadat umrah., begitulah tawadduknya Baginda Mulia.
Dalam sebuah hadis disebutkan, bahawa Umar bin al-Khattab berkata: Ertinya: “Aku meminta izin kepada Rasulullah Shallallahualaihi wasallam untuk melakukan umrah. Nabi mengizinkan dan bersabda: Wahai Saudaraku, sertakan kami dalam doamu(ketika menunaikan umrah), janganlah
engkau lupakan kami.”(Riwayat At-Tirmizi)
Kebiasaan masyarakat kita ialah mengadakan sembahyang hajat dan meminta orang lain turut mendoakan sesuatu hajat. Dalam hadith disebut disebut sekiranya ada hajat maka sembahyanglah, namun tidak pula disebut berjemaah.
Dari Abi Ad-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berwudhu’ lalu diperelokkan wudhu’nya, kemudian dia menunaikan solat dua (2) raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa yang dimintanya, sama ada cepat atau lambat(Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad)
Jikalau ada mempunyai hajat-hajat yang besar, misalnya suami atau isteri lari dari rumah lakukanlah sembahyang sunat 2 rakaat. Kemudian selepas memberi salam, sujud (diluar sembahyang)dan bacalah “Lailaha illa anta subhanka inni kuntu minaz zolimin, bacalah sebanyak 40 dan lakukanlah selama 40 hari (sempena kaedah nabi Yunus terperangkap didalam ikan yu).
Tuhan amat dekat dengan hambanya apabila dia sedang sujud maka perbanyakkanlah do’a (waktu sujud).”H. R Muslim, Abu Dawud, Nasaai
Mengapa harus dibaca doa Nabi Yunus itu diluar sembahyang?
Ini kerana terdapat larangan daripada Rasulullah dan selain itu Baginda memerintahkan agar membaca tasbih dalam rukuk dan sujud dalam sembahyang.
Larangan membaca Al-Quran dalam Rukuk dan Sujud (Dalam Sembahyang)
Doa Nabi Yunus itu adalah ayat Quran. Dilarang baca Quran dalam ruku’ dan sujud (oleh itu bacalah dalam sujud selepas salam):
Dari Ali bin Abi Thalib katanya “Aku dilarang Rasulullah s.a.w. membaca Quran dalam rukuk dan sujud (Riwayat Muslim)
Perintah Nabi Supaya Bertasbih dalam Rukuk dan Sujud (Dalam Sembahyang)
Dari Ukbah Bin Amir r.a. katanya “Tatkala turun ayat suci (Fasabbih Bismirabbikal Azim..) kepada Rasulullah, beliau bersabda: “Jadikanlah (bacaan Tasbih) itu dalam rukuk kamu”. Kemudian tatkala turun ayat suci (Sabbihis Marabbikal A’la), Rasulullah s.a.w bersabda “”Jadikanlah (bacaan Tasbih) itu dalam sujud kamu
Lafaz tasbih: Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud daripada Ibn ‘Abbas bahawa Rasulullah SAW apabila membaca ayat: “Sabbihis marabbikal-a’la, Baginda membacaSubhana Rabbiyal-a’la (Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi).”
Dari Huzaifah r.a. bahawa ia sembahyang bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w., lalu (didengarnya) baginda membaca dalam rukuknya: “Subhana Rabbiyal Azim”, dan di dalam sujudnya:Subhana Rabbiyal A’la”….. ( Hadith sanad Hasan Sahih – Riwayat Tirmidzi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan