Selamat Datang Ke Blog Lembah Tua
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن الرَّحِيْمِِ
Segala puji-pujian milik Allah subhanahu wa Ta'ala yang jua pentadbir sekelian alam.Allah subhanahu wa Ta'ala jualah yang memiliki panji kemuliaan dan ketinggian.Tiada yang seumpama-nya.Dia-lah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala-galanya.Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw,penghulu semua Nabi,pembawa cahaya hidayah yang menerangi kegelapan jahiliyyah,kekufuran,kesesatan dan kemaksiatan,juga ke atas ahli keluarga dan para Sahabat Baginda radiyallahu 'anhum ajma'in serta yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari Kiamat.
Rabu, 3 Ogos 2011
Madu Sebagai Suplemen & Gizi Seimbang Semasa Berpuasa
Antara makanan popular yang sering kita jamah sepanjang bulan Ramadan adalah buah kurma. Buah kurma memang banyak khasiatnya. Ini kerana buah ini mengandung gula buah atau fruktosa yang tinggi yang baik untuk tubuh dibandingkan gula pasir. Selain kurma, madu juga menjadi pilihan suplemen selama bulan puasa. Berbagai khasiat dan kandungannya yang luar biasa memang telah banyak diungkapkan di jurnal ilmiah dan artikel di peringkat nasional / internasional. Namun sebelum itu, dalam Al- Quran pun sudah tertulis tentang madu dan khasiatnya sebagai ubat yang menyembuhkan manusia. Oleh itu, puasa anda tentu akan semakin bermakna dengan mensyukuri kebesaran Ilahi melalui khasiat madu yang anda konsumsi selama puasa. Sehubungan dengan itu, Allah s.w.t telah berfirman : Dan Tuhanmu mewahyukan kepada Lebah; “Hendaklah kamu membuat sarangmu di gunung-gunung, di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang kamu sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. Dengan itu, akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannnya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai jenis penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir" (An-Nahl:68-69). Pengalaman saya minum madu semasa berpuasa memberi kelebihan kepada saya sentiasa sihat dan bertenaga sepanjang berpuasa. Petuanya mudah sahaja. Minum madu 1-2 sudu besar semasa berbuka dan 1-2 sudu besar semasa bersahur. Kalau perlu, minum 1-2 sudu lagi sebelum tidur atau selepas solat tarawih. InsyaAllah, dengan izin Allah swt, anda akan bertenaga sepanjang berpuasa. Apa yang penting, madu yang anda makan/minum itu adalah madu yang benar-benar asli. Hati-hati dengan madu lebah yang dijual di pasaran. Cubalah petua yang saya kongsikan ini. Mudah-mudahan kita akan dapat menunaikan amal ibadat kepada Allah swt dalam keadaan yang sihat dan bertenaga. Selamat mencuba.. Selama berpuasa kita tetap memelukan tenaga yang cukup dalam melakukan aktiviti seharian. Dalam bulan puasa ini, tubuh kita lebih banyak lagi memerlukan gizi seimbang untuk menjana tenaga. Hal ini disebabkan selama 12 jam lebih tubuh tidak menerima serapan zat-zat makanan dan minuman, sedangkan organ-organ terus bekerja. Kekurangan tenaga menyebabkan kita merasa cepat letih atau tidak bermaya / lesu. Salah satu sifat istimewa madu adalah ia cepat larut di dalam darah, dalam jangka waktu 7 minit sahaja setelah dikonsumsi. Oleh kerana madu mengandungi molekul gula bebas, maka ia memudahkan kerja otak serta membantu proses pembentukan darah. Sebahagian besar tenaga yang diperlukan oleh darah dalam proses pembentukannya telah tersedia di dalam madu. Selain itu juga, madu membantu proses pembersihan dan peredaran darah serta mencegah terjadinya pengerasan pembuluh darah yang boleh membawa kepada arteriosklerosis. Oleh itu madu sangat bermanfaat bagi kesihatan, terutama sekali di bulan puasa ini, khasiatnya menjadi bertambah efisien ! Madu selain baik untuk kesihatan tubuh, ia juga dapat memberikan tambahan tenaga sehingga membuat kita tahan lapar. Menurut kajian pemakanan, 1000 gram madu bernilai 3,280 kalori. Nilainya sama dengan 50 butir telur atau 5,575 liter susu atau 1,680 kg daging. Sebenarnya khasiat madu amat berkaitan dengan kandungan gulanya yang tinggi selain unsur-unsur lain seperti bee pollen, enzim-enzim, vitamin A,D, E, K, B1, B2, B3, B5, B6, C dan H, antibiotik dan sebagainya. Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, juga mengandungi bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri. Meskipun sama manisnya, namun respon tubuh terhadap madu sangatlah berbeza dengan gula. Madu dapat diproses terus menjadi glukogen (sumber tenaga dalam tubuh), sedangkan gula harus diproses terlebih dulu oleh enzim pencernaan diusus. Oleh itu, tubuh kita lebih dulu merasakan manfaat madu dibandingkan gula. ----------
Ahad, 31 Julai 2011
Jumaat, 22 Julai 2011
MANHAJ MUTAQADDIMIN: MATA AKAL
MANHAJ MUTAQADDIMIN: MATA AKAL: "Kita masih bersama Imam Abu Yusuf (w.182H) dan gurunya, Imam Abu Hanifah (w.150H). Kali ini kita akan mendengarkan Abu Yusuf bercerita kisah..."
MANHAJ MUTAQADDIMIN: IBN HIBBAN DAN HADIS-HADIS SIFAT
MANHAJ MUTAQADDIMIN: IBN HIBBAN DAN HADIS-HADIS SIFAT: "Setelah Al-Sahihayn dan Sunan Al-Tirmidzi, kitab hadis kesukaan saya adalah kitab Sahih yang ditulis oleh Imam Abu Hatim Muhammad Ibn Hibban..."
Rabu, 20 Julai 2011
Selasa, 19 Julai 2011
cintarindurasul: Frekuansi Al-Quran Dapat Mengubati Berbagai Penyak...
cintarindurasul: Frekuansi Al-Quran Dapat Mengubati Berbagai Penyak...: "Pembaca yang budiman! Saya dapat mengatakan dengan yakin menurut pengalaman saya suatu perubahan dalam hidup saya . Saya boleh mendapatkan..."
Ahad, 1 Mei 2011
Tasawwuf itu Akhlak ( Prof. Dr. Said Ramadhan Al-Buthi.)
"Ya Sheikh, bagi pendapatmu, Thoriqat mana yang aku perlu ikuti" tanya seorang pelajar kepada Prof. Dr. Said Ramadhan Al-Buthi.
"Saya rasa baik kamu masuk dengan thoriqat muhammad" jawab Dr. Buthi secara bersahaja.
Thoriqat muhammad bukan bermaksud thoriqat muhammadiyyah. Tapi thoriqat muhammad ini bermaksud ialah cukuplah dengan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.
Syria merupakan antara tempat yang paling banyak guru-guru thoriqat. Ini belum termasuk dengan thoriqat yang menyimpang daripada agama. Bahkan sesetengah guru-guru thoriqat mengambil kesempatan daripada ketaksuban ahlinya dengan membuat pelbagai aktiviti yang kadang kala diluar batasan akal.
Saranan Prof. Dr. Said Ramadhan Al-Buthi (Beliau masih hidup lagi kini) ada kebenarannya. Beliau bukan mengingkari thoriqat. tetapi beliau bimbang pemuda yang bertanya itu terjebak dengan thoriqat yang sesat atau penyertaanya dalam thoriqat menyebabkan pengajian wajib ditinggalkan.
Perwatakan Prof. Dr. Said Ramadhan Al-Buthi sama seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. dari sudut ketegasan, kelembutan dan peribadinya. Mungkin pandangan politik berbeza tapi kedua-duanya begitu minat dengan tasawwuf.
Bahkan Dr. Said Ramadhan ini antara ulamak yang mensyarahkan Kitab Hikam 'Atoillah As-sakandari dan Risalah Qusyairiah.
Ini menandakan bahawa beliau bukan anti tasawwuf. Tasawwuf bukan bermakna kita mesti menyertai thoriqat tertentu.
Tasawwuf dengan pengertian mudah ialah proses penyucian hati untuk mencapai tahap kecintaan kepada Allah.
Dengan sebab itu, beberapa himpunan zikir di amalkan supaya hati yang kotor dapat dibersihkan dengan zikir-zikir yang dibaca dan dijadikan amalan harian.
Penulis sering kali menyebut bahawa zikir-zikir yang diulang bukan sekadar untuk membasahi bibir atau untuk meningkatkan darjat semata-mata. Tetapi zikir yang diulang hendaklah diserapi makna dan pengertian dalam diri.
Penulis cukup tertarik dengan penjelasan Tuan Guru Presiden PAS dalam menterjemahkan Tasawwuf sebagai akhlak.
Penjelasan yang ringkas dan mudah difahami.
Ya, Tassawuf itu akhlak.
Penulis pernah melihat seorang yang didakwa ahli sufi, yang menjadi pembaca kitab-kitab tasawwuf, yang mahir dengan ilmu-ilmu dan maqam-maqam tasawwuf tetapi tidak berakhlak dengan akhlak yang baik.
Dalam keadaan pergaulan yang agak bebas dan perkara syubhat dijadikan salah satu sumber pendapatan. Ini akan merosakkan akhlak seorang Muslim yang mengaku diri menjadi sufi.
Ahli Sufi bukannya pembaca kitab sufi. Ahli Sufi ialah mereka yang berakhlak dengan akhlak Nabi.
Sebagaimana Nabi berakhlak dengan akhlak Al-Quran, begitu juga dengan Ahli Sufi.
Oleh itu, elemen tasawwuf menjadi penting kepada gerakan Islam. Hasil daripada penekanan Tasawwuf atau akhlak ini mampu menghasilkan keutuhan dalam Gerakan Islam.
Tasawwuf sentiasa mengajar kepada hambanya supaya sentiasa menjaga hati daripada perasaan hasad, mengumpat, mengadu domba, mempelekeh orang lain dan sebagainya.
Ini antara elemen untuk memperkuatkan gerakan Islam. sebab itu Sheikh Said Hawwa pernah menyebut tentang peri pentingnya kewujudan "Sufi Haraki" (ahli gerakan yang bersifat dengan sufi).
Penekanan tentang akhlak dalam berjemaah, wala' dan thiqah antara elemen tasawwuf yang perlu difahami oleh semua ahli gerakan.
Berakhlak baik merupakan arahan Allah SWT kepada manusia melalui wahyu yang diturunkan kepada para Nabi.
Oleh itu, tassawuf bukan untuk orang tertentu tetapi untuk semua umat Islam dalam memperbaiki akhlak dan membersihkan hati masing-masing.

Langgan:
Catatan (Atom)