Selamat Datang Ke Blog Lembah Tua

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن الرَّحِيْمِِ
Segala puji-pujian milik Allah subhanahu wa Ta'ala yang jua pentadbir sekelian alam.Allah subhanahu wa Ta'ala jualah yang memiliki panji kemuliaan dan ketinggian.Tiada yang seumpama-nya.Dia-lah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala-galanya.Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw,penghulu semua Nabi,pembawa cahaya hidayah yang menerangi kegelapan jahiliyyah,kekufuran,kesesatan dan kemaksiatan,juga ke atas ahli keluarga dan para Sahabat Baginda radiyallahu 'anhum ajma'in serta yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari Kiamat.

Selasa, 6 April 2010

Mentaati Perintah Guru selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam

Di antara sekian ramai murid Syeikh Ibnu Khafif,ada dua orang yang mempunyai nama sama iaitu Ahmad.Untuk memudahkan pergaulan dan memanggilnya,maka yang lebih tua umurnya dipanggil Ahmad Tua,sementara yg lebih muda dipanggil Ahmad Muda.Ibnu khafif lebih menyayangi Ahmad Muda kerana beberapa kelebihannya menurut pandangan beliau.Akan tetapi murid2 lain tidak setuju.Sebab menurut mereka Ahmad Tua lebih banyak menjalani perintah dan disiplin diri dibandingkan dengan Ahmad Muda.

Ibnu khafif mengetahui reaksi murid-muridnya itu dan ingin membuktikan kepada mereka bahawa Ahmad Muda lebih taat pada perintah.
Suatu hari dihadapan rumah Ibnu Khafif ada seekor unta sedang tidur.
"Ahmad Tua,sila datang sini." Panggil Ibnu Khafif."Saya tuan guru." Kata Ahmad Tua menghadap Ibnu Khafif."Sila angkat unta yg sedang tidur itu ke atas loteng."Kata Ibnu Khafif. "Wahai tuan guru.Unta itu sangat besar,mana mungkin aku dapat mengangkatnya ke atas loteng?"Kata Ahmad Tua.
"Cukup!" Kata Ibnu Khafif. Kemudian Ibnu Khafif memanggil Ahmad Muda:"Hai Ahmad Muda,sila datang ke sini!" Saya tuan guru ."kata Ahmad Muda sebaik hadir."Sila angkat unta yg sedang tidur itu ke atas loteng." Perintah Ibnu Khafif.Tanpa berkata apa-apa,Ahmad Muda terus keluar.Dia menyingsingkan lengan bajunya dan mengetatkan ikat pinggangnya.Kemudian dia menghampiri unta besar yg sedang tidur itu dan meletakkan kedua-dua tangannya dibawah tubuh unta.Setelah itu diangkatnya unta itu sedaya upaya yang termampu.Akan tetapi sedikitpun unta itu tidak bergerak,maklumlah unta besar...mana dapat diangkat oleh orang seorang.Murid-murid lain yang melihatnya,menganggap tindakan Ahmad Muda itu sebagai bodoh dan sia-sia. "Cukup setakat itu saja.Engkau sangat bagus."Kata Ibnu Khafif.Kemudian Ibnu Khafif menerangkan kepada murid-muridnya:"Kalian telah melihatnya semua? Sekarang tahulah kamu bahawa Ahmad Muda telah melaksanakan tugasnya.Dia telah mentaati perintah yang dikenakan kepadanya tanpa membantah.Yang penting perintahku dilaksanakan,pasal mampu atau tidak,itu tidak kisah.Sebaliknya Ahmad Tua,dia hanya pandai berdalih,berhujjah dan membantah.Dari sikap masing-masing tadi, kita dapat memahami keinginan di dalam hati seseorang."Murid-murid tertunduk malu,dan mulai saat itu mereka sedar dan menghormati Ahmad Muda....


P/S :Guru sebenarnya suka menduga anak murd-muridnya,segala sindirannya penuh berilmu.Akan tetapi ramai dikalangan murid-muridnya mengambil endah tak endah setiap kata-katanya dan sering khilaf dalam mentafsirnya serta menganggap gurauan bersahaja,tanpa disedari itulah ILMU.

Moral of the story = Saya tinggalkan dengan dua rangkap pantun ini."Budak2 sedang berdiri,anda fikir-fikirkanlah sendiri."Kalu tak faham jugak tak tau ler ape nak kata!.Huhuhuuu.

( Guru diatas adalah merupakan seorang tokoh sufi yang berasal dari Parsi )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan